ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo XC90 dan XC90 Recharge Plug-in Hybrid rangkul anugerah IIHS Top Safety Pick+ 2023

Berita Global

Views

SUV mewah saiz sederhana Volvo XC90 telah berjaya merangkul anugerah Top Safety Pick+ 2023 oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuhraya (IIHS). Pengumuman ini dibuat selepas IIHS mengetatkan lagi syarat untuk anugerah Top Safety Pick (TSP) dan Top Safety Pick+ (TSP+).

Menerusi kriteria baharu yang lebih ketat, setiap kenderaan memerlukan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan dan penyingkiran lampu hadapan di bawah taraf daripada pilihan kenderaan yang layak.

Ini merupakan sebahagian daripada visi Volvo Cars bagi memastikan bahawa tiada sesiapa yang cedera parah atau terbunuh dalam kereta Volvo yang baharu. Syarikat itu telah meletakkan keselamatan sebagai keutamaan untuk segala yang Volvo lakukan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Volvo Cars Safety Centre, Åsa Haglund berkata, Volvo XC90 terus membuktikan bahawa ia adalah antara kenderaan yang paling selamat di atas jalan raya tahun demi tahun. Perubahan terbesar pada kriteria TSP dan TSP+ melibatkan penggantian ujian pelanggaran sisi IIHS yang asal.

Ujian yang dikemas kini melibatkan 82 peratus lebih tenaga dan memerlukan kenderaan memperoleh penarafan yang boleh diterima atau baik untuk melayakkan diri untuk TSP, manakala penarafan yang baik diperlukan untuk TSP+.

Kedua-dua versi hibrid ringan (XC90) dan hibrid plug-in (XC90 Recharge) XC90 telah merangkul anugerah TSP+. Selain itu, XC90 Recharge turut menawarkan pemanduan elektrik sepenuhnya dalam mod Pure sehingga 77 kilometer (NEDC) atau 35 batu (EPA).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Untuk tempoh yang terhad, pelanggan yang membuat tempahan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid atau Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid dapat menikmati pakej servis lima tahun percuma (VSA5+) mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

VSA5+, atau dikenali sebagai ‘Volvo Service Agreement 5 Plus‘, ialah pakej servis kereta komprehensif selama 5 tahun daripada Volvo Cars yang meliputi lima kali servis kereta yang permulaan termasuklah item ‘wear and wear‘ yang mungkin perlu diganti.

Selain Volvo XC90, Volvo Car Malaysia juga menawarkan VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5, manakala tempahan untuk Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan disertakan dengan baucar soket pengecas kediaman (wallbox) percuma bernilai RM7,000 dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply