ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo XC90 serba baru buat penampilan global

Views

149809_1_5

Akhirnya Volvo XC90 serba-baharu membuat penampilan global pertamanya setelah berbulan-bulan spekulasi mengenainya. XC90 dibangunkan selama tiga tahun dengan modal berjumlah USD 11 bilion, ia merupakan hala tuju masa depan Volvo dari segi rekabentuk, penggunaan teknologi terkini dan penggunaan Scalable Product Architecture (SPA).

Buat pertama kalinya, XC90 baharu menggunakan gaya rekaan terbaru Volvo, dengan membawa iron mark yang lebih menonjol. Anak panah ikonik iron mark kini diselaraskan bersama penjuru jeriji. Iron mark digabungkan bersama dengan Lampu Pemanduan Siang (DRL) yang diberi nama timangan “Tukul Thor” dan gaya terbaru ini akan diguna pakai untuk semua generasi Volvo pada masa depan.

Bonet XC90 yang lebih besar menampilkan tipografi baharu, beltline dan garisan bahu nampak lebih tajam dan disambungkan seakan tatu dengan lampu belakang. Ini juga akan menjadi rekabentuk tersendiri Volvo dalam kesemua kereta-keretanya. XC90 dipadankan dengan pelbagai jenis rim dan roda yang bersaiz sehingga 22 inci.

Gabungan kuasa dan kecekapan pengunaan bahan api yang tiada tandingan XC90 baharu didatangkan dengan pelbagai variasi enjin daripada siri Drive-E. Enjin berkapasiti 2-liter dan 4 silinder ini akan menghasilkan kombinasi prestasi dan penggunaan bahan api yang cekap. Enjin Berkembar untuk XC90 spesifikasi tertinggi, menggunakan gandingan enjin petrol 2-liter, bersilinder-empat, dan pengecas super dan turbo. Kuasa ini digandakan dengan penggunaan enjin elektrik yang menawarkan kombinasi kuasa dan perjalanan yang mesra alam: Enjin 400 kuasa kuda hanya menghasilkan karbon dioksida (CO2) lebih kurang 60 g/km (kitaran memandu NEDC).

149811_1_5

Pakej keselamatan yang ditentukan untuk XC90 serba-baharu ini menggunakan teknologi yang paling komprehensif dan tercanggih di industry automotif. Ini termasuk dua teknologi keselamatan yang menjadi peneraju dunia iaitu: Run-off Road Protection dan Auto Brake at Intersection. Dalam situasi kenderaan tergelincir dari permukaan jalan, Volvo XC90 serba-baharu akan dapat mengesan apa yang berlaku dan bertindak untuk mengetatkan tali keledar bahagian hadapan.

Untuk mengelak kecederaan tulang belakang, alat penyerap-tenaga di antara tempat duduk dan bingkai kerusi, memperlahankan kuasa gerakan arah menegak yang mungkin berlaku jika kereta ini mendarat dengan kasar. XC90 adalah kereta pertama di dunia yang menggunakan ciri-ciri pemberhentian automatik sekiranya berhadapan dengan situasi pertembungan dengan kereta yang dari arah bertentangan.

City Safety menjadi istilah mutlak bagi kesemua fungsi brek automatik Volvo Cars dan adalah piawaian kelengkapan keselamatan bagi semua varian XC90. Teknologi ini dapat mengesan kenderaan lain, termasuk penunggang basikal, dan pejalan kaki, dari bahagian hadapan kereta, pada waktu siang atau malam.

149807_1_5

Dalaman XC90 adalah ruang dalaman yang paling mewah pernah direka untuk Volvo. Skrin sentuh umpama sebuah tablet terletak di tengah papan pemuka dan menjadi ciri yang paling menonjol di dalam XC90. Peralatan ini memainkan peranan penting dalam sistem penguasaan kereta dan tidak menggunakan butang fizikal. Sistem penguasaan baru ini mengedepankan cara baru untuk pemandu mengawal kereta dan mengakses pelbagai produk dan servis dalam talian. Ia juga membantu membuat ruang dalaman XC90 berasa moden, luas dan kemas.

Dalaman XC90 menggabungkan bahan-bahan eksklusif seperti kulit lembut dan kemasan kayu ukiran tangan.Tombol gear kaca kristal dibuat oleh Orrefors, pembuat kaca terulung di Sweden, dan butang kawalan start/stop dan tombol kelantangan bunyi diukir menggunakan pemotong berlian. Kehalusan seni pertukangan dipentingkan dalam seluruh proses kerja pembangunan.

XC90 yang boleh memuatkan enam orang penumpang dan seorang pemandu, mengetengahkan rekabentuk kerusi inovatif yangmeberi ruang dalaman yang lebih luas untuk penumpang di barisan kedua dan ketiga. Kerusi di barisan ketiga selesa untuk penumpang yang mempunyai ketinggian sehingga 170 cm.

XC90 mempunyai antara system audio yang terbaik di dalam dunia automotif hasil kerjasama pakar audio Volvo Cars dan bersama pengeluar audio terkemuka British, Bowers & Wilkins. Sistem canggih ini menggunakan penguat 1,400 watt Class D, 19 pembesar suara, subwoofer yang pertama menggunakan sistem pengaliran udara yang pernah dilengkapkan di dalam kereta. XC90 dijangka tiba di Malaysia secara CBU pada tahun hadapan, manakala versi CKD pula bakal berada dipasaran pada awal 2016.

XC90 serba-baharu boleh didapati dengan pelbagai jenis kelengkapan yang membolehkan tuan kenderaan menyesuaikan kereta mereka mengikut citarasa peribadi. Ada dua jenis tema kelengkapan untuk luaran kereta:

• Pakej Urban Luxury menggabungkan body kit yang diselaraskan warnanya dengan kemasan keluli tahan-karat yang digilap, seperti: bingkai hiasan bahagian hadapan, skid plate bahagian hadapan dan belakang dan scuff plate bahagian tepi. Set rim dan roda 21-inci eksklusif melengkapkan rupanya yang elegan.

• Kit Rugged Luxury menyerlahkan sifat lasak SUV XC90 dengan kemasan luaran berwarna hitam tech matte, skid plate keluli tahan-karat, running-board dengan pencerahan cahaya dan paip ekzos bersepadu. Versi ini pula dilengkapkan dengan set rim dan roda 22-inci yang unik.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply