ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo XC90 tampil dengan wajah baharu – Harga bermula dari RM373,888

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia mengumumkan versi baharu XC90 yang akan mula dijual pada bulan ini. XC90 menampilkan penambahbaikan dari segi rekaan luaran terutama sekali pada bahagian jeriji, selain rim dan warna baharu manakala di bahagian dalamnya masih kekal sama.

Untuk model T8, kemampuan baterinya juga telah dipertingkatkan dari 10.4kWh kepada 11.6kWh. Ini secara langsung meningkatkan kadar pemanduan elektrik sehingga 50km. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tuil gear elektronik kristal Orrefors yang direka semula.

Model T5 pula mempunyai penyaman udara tiga baris dengan corong udara berbentuk C, sistem maklumat penanda jalan (RSI) dan juga kawalan cuaca elektronik 4-zon dengan laci penyejuk yang sebelum ini hanya boleh didapati untuk model T8.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Berdasarkan pelantar, penjana dan teknologi keselamatan yang dibangunkan dan dimiliki oleh Volvo, XC90 keluaran tahun 2015 ini menandakan permulaan transformasi Volvo Car. Ia memperkenalkan wajah baharu jenama Volvo dengan ciri lampu hadapan “Tukul Thor” dan pengenalan pelantar Scalable Product Architecture (SPA).

Teknologi dan inovasi pertama di dunia yang telah dilancarkan untuk model-model Volvo lain iaitu siri 90 dan 60 antara tahun 2015 hingga 2019, kemudiannya turut digunapakai untuk XC90. Hasilnya, model SUV utama ini telah ditambah baik sejak ia pertama kali diperkenalkan, sehingga mencapai 320,000 unit jualan di seluruh dunia – dan semakin bertambah.

Dari segi teknologi keselamatan aktif, XC90 kini menawarkan bantuan pemanduan untuk City Safety dan Sistem Informasi Titik Buta. City Safety dengan brek auto merupakan satu-satunya sistem yang terdapat di pasaran yang mampu mengenal pasti pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Sistem Oncoming Lane Mitigation pula diperkenalkan pertama kali untuk model XC60 kini boleh didapati untuk model XC90, manakala teknologi Amaran Lintasan Trafik kini dilengkapi dengan brek automatik. Semua ini menjadikan XC90 sebagai salah sebuah kereta paling selamat di atas jalan raya.

Ia sekaligus membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi Volvo Car dalam membangunkan kereta paling selamat untuk penumpang. Sistem infohiburan Sensus yang dikemaskini sepenuhnya merupakan ciri unik dan standard untuk kereta Volvo dan ia boleh digunakan dengan Apple Carplay dan Android Auto serta perkhidmatan penstriman Spotify Music.

Volvo XC90 berwajah baharu ini boleh didapati dengan harga permulaan RM373,888 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk cukai jualan dan duti eksais) dan kini dijual di semua pusat jualan Volvo berdaftar di seluruh negara. Lima warna menarik ditawarkan – Crystal White Pearl, Denim Blue Metallic, Onyx Black Metallic, Pebble Grey Metallic, dan Thunder Grey Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply