ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM bantu ringankan beban pelanggan menerusi inisiatif Volkswagen Cares

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini memperkenalkan beberapa tawaran selepas jualan di bawah inisiatif Volkswagen Cares dalam usaha meringankan beban para pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini.

Antara pelan yang ditawarkan adalah ‘Pembiayaan Fleksibel dengan Pelan Pembayaran 0 peratus untuk Kos Selepas Jualan’. Dengan tawaran ini pemilik kini boleh memilih untuk membayar bil secara ansuran sama ada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0 peratus apabila menggunakan kad kredit.

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ini sah untuk semua bentuk kerja pembaikan dan servis yang ditawarkan di pusat servis terpilih Volkswagen. Para pemilik dinasihatkan untuk merujuk syarat dan terma spesifik mengenai pelan pembayaran ini dengan pengedar kereta mereka.

Ahli Volkswagen Care Plus (VCP) akan menikmati lebih banyak penjimatan menerusi promosi-promosi ini. Mereka layak untuk mendapat tiga baucar rebat 20 peratus untuk servis penyelenggaraan. Baucar tersebut boleh digunakan bermula tahun kelima servis dan diikuti oleh dua servis lagi dalam tempoh tiga tahun

Selain itu, ahli VCP juga akan menerima bantuan tepi jalan secara percuma untuk dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat). Selain itu, para pelanggan akan menikmati diskaun sebanyak 30 peratus untuk pakej pembaikan terpilih apabila membaiki kereta di pusat servis sah Volkswagen.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ia tertakluk kepada model-model Volkswagen yang berusia lebih dari lima tahun. Para pemegang polisi Pelan Insurans Volkswagen (Volkswagen Insurance Plan) pula kan menerima perlindungan komprehensif dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah tanpa perlu membayar sebarang kos berlebihan.

Selain itu, terdapat jumlah yang dipersetujui dan nilai yang diinsuranskan untuk kenderaan sehingga 10 tahun sekiranya berlaku kerugian total.

Antara kelebihan VIP termasuklah diberi keutamaan dalam kelulusan tuntutan, kelulusan penggantian cermin depan dalam masa dua jam, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda kecemasan 24 jam, serta jaminan setiap kerja pembaikan dijalankan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah. Ia mematuhi standard pembaikan Volkswagen dan hanya menggunakan alat ganti tulen.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply