ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM dan MHV Autohaus lancar bilik pameran bebas Das WeltAuto pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan rakan pengedarnya, MHV Autohaus hari ini melancarkan bilik pameran bebas Das WeltAuto (DWA) yang pertama di Malaysia.

Terletak di Gombak, DWA Gombak berkeluasan 18,500 kaki persegi dan boleh menempatkan sehingga 55 unit kereta dengan dua ruang parkir tambahan bagi tujuan penyerahan.

Bilik pameran ini dikendalikan oleh salah satu pengedar utama Volkswagen di Malaysia, MHV Autohaus yang telah menerima pelbagai anugerah di Malaysia dengan memenangi Anugerah Pengedar Terbaik Volkswagen sejak 2017 sehingga 2020 secara berturut-turut.

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019, DWA merupakan program kereta terpakai global Volkswagen. Ia menawarkan kereta terpakai yang telah diperakui dan boleh dipercayai oleh pelanggan serta disokong dengan kepakaran pengetahuan, standard dan proses.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Das WeltAuto telah memenangi pelbagai anugerah antaranya “Used Car Programme of the Year” oleh majalah Car Dealer dan “Best Used Car Website” oleh What Car? Used Car of the Year Awards pada tahun 2019.

DWA menawarkan pilihan kereta terpakai ekstensif yang telah diperakui untuk dipilih oleh pelanggan. Pelanggan juga boleh memanfaatkan pilihan pembiayaan menarik, jaminan lanjutan dan bantuan tepi jalan selama setahun apabila membuat pembelian daripada Das WeltAuto.

Semua model diterima untuk tujuan tukar beli, ia juga akan menjalani pemeriksaan 133 titik yang teliti dan menyeluruh sebelum disahkan oleh Juruteknik Volkswagen.

Semua kereta Das WeltAuto menggunakan alat ganti tulen, bebas kemalangan dan banjir, serta hadir dengan bukti servis yang lengkap di pusat servis sah Volkswagen.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, Pembukaan kemudahan ini membuktikan komitmen kami dalam mengukuhkan jenama DWA dengan rakan pengedar.

Pengarah MHV Autohaus, Koh Sai Men, berkata, pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting buat MHV Autohaus kerana ia mengukuhkan lagi komitmen merea untuk menjadi pengedar DWA terbesar di negara ini.

Sebagai tambahan, pelanggan Volkswagen yang ingin menjual kereta mereka boleh berbuat demikian di laman web Das WeltAuto dengan klik pada fungsi ‘Sell Your Car’.

Satu lagi ciri menarik pada laman sesawang ini ialah bahagian ‘Nearly New Cars’ yang menyenaraikan kereta-kereta yang telah diperakui dengan jarak perbatuan kurang 12,000km dan didaftarkan dalam tempoh setahun.

Das WeltAuto kini mempunyai 11 pengedar iaitu Volkswagen Setia Alam, Volkswagen Puchong, Volkswagen Tebrau, Volkswagen Skudai, Volkswagen Gombak, Volkswagen Juru, Volkswagen Alor Setar, Volkswagen Seremban, Volkswagen Glenmarie, Volkswagen Ipoh dan Volkswagen Melaka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply