ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM lancar bilik pameran atas talian

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan bilik pameran atas talian khusus buat warga Malaysia yang ingin membeli kereta keluaran Volkswagen. Inisiatif ini juga adalah respon kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana seluruh cawangan pengedar ditutup bagi memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan.

Volkswagen eShowroom memberikan tawaran atas talian istimewa untuk pembeli kereta yang terpaksa menahan pembelian mereka buat sementara. Selain itu, tawaran eksklusif ini turut ditawarkan menerusi kedai utama di Lazada.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter turut bersetuju dengan usaha kerajaan untuk membendung wabak COVID-19. Katanya, keselamatan para pelanggan dan kakitangan sentiasa menjadi keutamaan mereka. Volkswagen eShowroom dicipta untuk membolehkan pelanggan mendapatkan penyelesaian alternatif bagi mereka yang masih berminat untuk membeli Volkswagen dalam tempoh PKP ini dengan beberapa tawaran menarik.

Bagi bulan April, Volkswagen eShowroom dan kedai rasmi utama di Lazada menawarkan penjimatan tambahan dan tawaran hebat bagi model yang disenarikan di bawah:

ModelPenjimatan Standard Penjimatan Atas TalianJumlah PenjimatanTawaran Eksklusif Atas Talian
Polo RM3,000RM1,500RM4,500
Vento Comfortline RM6,000RM1,500RM7,500
Vento Highline RM3,000RM1,500RM4,500
Beetle RM5,000RM3,000RM8,000
Golf R-Line RM3,500RM3,500
Golf GTI & RRM2,000RM6,000RM8,000
Tiguan RM2,000RM4,000RM6,000Percuma 1-tahun insurans bernilai RM4,500 dan 1-tahun rebat petrol bernilai RM2,500
Passat Elegance RM2,000RM4,000RM6,000 Percuma 1-tahun insurans bernilai RM5,500

Nota: Penjimatan yang disenaraikan adalah untuk tempahan kereta bermula dari 1 hingga 30 April. 

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Untuk mendapatkan penjimatan ini, pelanggan hanya perlu melayari Volkswagen eShowroom dan ikuti empat langkah mudah ini: 

Langkah 1: Semak imbas tawaran dan pilih model pilihan anda.

Langkah 2: Isi borang tempahan atas talian.

Langkah 3: Pilih pengedar Volkswagen pilihan anda dan serahkan borang.

Langkah 4: Tunggu panggilan pengesahan daripada kakitangan Khidmat Pelanggan Volkswagen.

Begitu juga di Lazada, pelanggan hanya perlu melayari Volkswagen flagship store dan ikuti beberapa langkah mudah ini: 

Langkah 1: Semak imbas tawaran dan klik ‘buy now’ pada model pilihan anda.

Langkah 2: Buat bayaran fi tempahan sebanyak 1 peratus untuk mengesahkan tawaran.

Langkah 3: Terima pengesahan pesanan melalui e-mel dari Lazada.

Langkah 4: Kakitangan Khidmat Pelanggan Volkswagen akan menghubungi anda untuk pengesahan dan untuk pilihan pengedar pilihan anda.

Nota: Yuran tempahan sebanyak 1 peratus daripada jumlah harga runcit yang disyorkan diperlukan apabila pembelian dibuat di Lazada.

Sebaik sahaja proses pengesahan selesai, pengedar pilihan pelanggan akan menghubungi mereka untuk memuktamadkan tempahan. Pendaftaran dan penyerahan kenderaan akan diuruskan sebaik sahaja tempoh PKP tamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply