ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM lancar Golf GTI serba baharu, CKD di Pekan – Harga bermula dari RM211,689

Berita Tempatan

Views

Selain Golf R-Line, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut melancarkan Golf GTI generasi kelapan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), malam tadi.

GTI serba baharu ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan transmisi cekam basah DSG 7-kelajuan yang menjana 245PS dan 370Nm daya kilas.

Keunikan pada GTI MK8 ini ialah sistem Vehicle Dynamics Manager yang membolehkan personalisasi pemanduan dibuat. Selain daripada beberapa mod pratetapan, ia juga mempunyai mod individu.

Penggunaan bahan apinya pula adalah sekitar 7 liter/100km. Ruang dalaman GTI menampilkan tempat duduk sport hadapan hadir dengan kemasan berwarna merah dan ciri suhu aktif .

Tempat duduk pemandu didatangkan dengan ciri memori dan sokongan lumbar yang boleh dilaras secara elektrik. Kesemua tempat duduk dibaluti kulit Vienna untuk memberi lebih keselesaan.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Model Golf GTI yang dipasang di Pekan ini mencatat sejarah kerana buat julung kalinya versi berkenaan dihasilkan di luar Jerman dan China.

Dari aspek reka bentuk, GTI dapat di’cam’ secara serta-merta menerusi jeriji hadapan jenis ‘sarang lebah’ dan kemasan merah GTI yang telah menjadi identitinya.

Ia dilengkapi dengan rim aloi Richmond bersaiz 18-inci bersama angkup brek berwarna merah, selain lampu utama dan lampu belakang LED sepenuhnya.

GTI MK8 turut menampilkan landskap dalaman digital sepenuhnya yang dikenali sebagai Driver’s Workspace yang hadir dengan Digital Cockpit generasi baharu 10.25-inci.

Identiti spesifik GTI seperti stereng pelbagai fungsi dengan kawalan sentuh haptik dan ciri pemanas juga ditawarkan.

Sistem infohibur Discover Media bersaiz 10-inci pula menampilkan navigasi 3D terbina dalam, CarPlay dan Android Auto nirwayar serta tujuh unit pembesar suara berkualiti tinggi.

Model ini turut dilengkapi dengan sistem arahan suara pintar yang boleh diaktifkan dengan mudah melalui “Hello Volkswagen” atau menekan butang suara pada stereng.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ruang kabin model ini dilengkapi dengan pilihan 30 warna lampu ambien yang merangkumi lima mod warna yang telah ditala iaitu (Infinity, Eternity, Desire, Euphoria, Vitality) dan tetapan individu untuk dipilih.

GTI MK8 dilengkapi dengan pendingin hawa Climatronic tiga-zon dengan dua mod utama iaitu Smart Climate dan Classic Climate termasuk ciri Air Care.

Hatchback ikonik ini menawarkan ruang kargo dengan kapasiti 374 liter, ciri akses pantas dan Indikator Kehilangan Tekanan Tayar.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan kerangka yang kukuh, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Pasca Perlanggaran, Kunci Pembezaan Elektronik (XDS), enam beg udara serta banyak lagi.

GTI didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Kings Red (merah) dan Atlantic Blue (biru) dalam kemasan metalik, pilihan Moonstone Grey (kelabu) bukan metalik, termasuk warna mutiara Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih) tanpa sebarang caj tambahan.

Golf GTI ditawarkan pada harga bermula dari RM211,689.54 termasuk pengecualian cukai jualan dan penyelenggaraan percuma selama tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan kerosakan selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply