ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM lancar Kempen Raya-Raya sempena sambutan Aidilfitri – Tiguan Allspace terima peningkatan

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan peningkatan pada Highline, Kempen Raya Selepas Jualan dan Volkswagen Insurance Plan (VIP).

Bermula sekarang hingga 31 Mei, pelanggan Volkswagen akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 ke atas model-model terpilih. Passat Elegance hadir bersama insurans percuma selama 1 tahun. Manakala Passat R-Line ditawarkan dengan petrol percuma selama setahun.

Kedua-dua varian Passat itu ditawarkan dengan penjimatan tambahan dalam talian sebanyak RM3,500 apabila pelanggan membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom. Tiguan Allspace Highline 2021 kini ditawarkan dengan rim aloi Nizza bersaiz 18 inci, soket pengecasan USB-C, kemas kini radio bersama kawalan suara serta lampu belakang LED baharu dengan efek 3D.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Allspace Highline dijana enjin turbo pancitan terus bahan api 1.4TSI dengan transmisi klac basah 6-kelajuan DSG yang menghasilkan 150PS dan 250Nm daya kilas. SUV itu juga menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.3l/100km.

Pelanggan SUV ini juga akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 dan penjimatan dalam talian berjumlah RM3,500. Tiguan Allspace R-Line 2021 pula didatangkan dengan port data dan pengecasan USB-C serta naik taraf radio yang kini hadir bersama ciri ketersambungan App-Connect nirwayar untuk Apple CarPlay serta Android Auto.

Kempen Raya Selepas Jualan kini sedang berlangsung sehingga 13 Jun. Pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk minyak enjin tulen Volkswagen.

Mereka yang berbelanja minimum RM1,200 akan menerima kit penjagaan kereta secara percuma yang merangkumi penggilap wax, syampu wax, penggilap cermin, penjagaan plastik dan kulit di dalam botol 50ml. Pemilik juga akan menerima paket Raya Volkswagen secara percuma.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Promosi bilah pengelap cermin turut ditawarkan sebagai tambahan. Pemilik akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus ke atas semua bilah pengelap cermin bermula sekarang hingga 30 Jun dan ia boleh didapati di semua pusat servis di seluruh negara.

VPCM juga mengumumkan rakan insurans baharu di bawah Volkswagen Insurance Plan (VIP) iaitu AXA Affin General Insurance Berhad. Affin menyertai rakan insurans sedia ada VIP seperti Allianz General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich Takaful General Insurance Berhad.

Antara manfaat yang bakal diterima termasuklah keutamaan untuk kelulusan tuntutan dan bantuan tepi jalan dengan tundaan kecemasan 24 jam. Tidak terkecuali, jaminan kerja-kerja pembaikan hanya dilakukan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah, serta mematuhi standard baik pulih Volkswagen yang menggunakan alat ganti tulen sahaja.

Bukan itu sahaja, ia juga tiada yuran lebihan, kos penambahbaikan dan nilai diinsuranskan mengikut persetujuan untuk kenderaan yang berusia sehingga 10 tahun. Semua ini terpakai pada semua model Volkswagen tanpa mengira usia kereta tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply