ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM lancar Passat R-Line buatan Pekan – Harga RM203,411.18 sehingga hujung tahun!

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam telah melancarkan Passat R-Line serba baharu secara dalam talian. Model yang dipasang oleh secara tempatan (CKD) di Pekan itu ditawarkan pada harga RM203,411.18 termasuk pengecualian jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan sehingga akhir tahun ini.

Ia didatangkan dengan enam pilihan warna, empat warna metalik iaitu biru (Aquamarine Blue), coklat (Tamarind Brown), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Reflex Silver), manakala dua lagi warna mutiara iaitu hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) juga ada ditawarkan tanpa caj tambahan.

Passat R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI baharu yang dipadankan dengan kotak gear DSG klac basah tujuh kelajuan baharu yang telah ditambah baik. Gandingan ini mampu menjana kuasa 190PS dan 320Nm daya kilas untuk pengalaman pemanduan yang benar-benar dinamik. Penjimatan bahan api model ini juga cukup mengagumkan dengan anggaran sekitar 6.5l/100 km.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Passat R-Line didatangkan dengan ciri Kawalan Casis Dinamik (DCC) yang menawarkan pilihan sehingga 15 peningkatan. Pemandu juga boleh memilih salah satu daripada tiga mod pemanduan yang disediakan iaitu sport dengan peredam lebih keras, comfort atau normal.

Gaya reka bentuk luaran Passat R-Line tampil lebih mantap dengan bampar hadapan baharu yang agresif, lengkap dengan lencana R-Line pada jerijinya. Satu lagi kemasan tersendiri R-Line boleh dilihat dengan jelas pada bampar belakang, lencana R-Line dan kemasan krom pada bahagian sisi. Kehadiran rim aloi Verona baharu bersaiz 19 inci menyerlahkan lagi gaya agresif model sedan ini.

Di dalam kabin, Passat R-Line hadir dengan kemasan dan material baharu. Ini termasuklah kemasan dekoratif Dark Diamond Flag baharu dan bumbung hitam. Identiti R-Line dapat dilihat dengan jelas pada tempat duduk, kemasan kulit stereng multi-fungsi yang lengkap dengan paddle shift dan butang yang ergonomik.

Melengkapi penampilan sporty model sedan ini adalah injak sport serta plat pelindung hadapan dan belakang aluminium. Passat R-Line turut dilengkapi dengan kerusi elektrik ErgoComfort yang dibaluti kulit Nappa gaya karbon, manakala tempat duduk pemandu juga hadir dengan fungsi memori dan urutan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Ruang kabin diserikan lagi dengan fungsi lampu ambien yang membolehkan pemandu memilih daripada 30 warna. Lampu ambien itu juga dinyalakan pada sistem infohibur dan Digital Cockpit bersaiz 11.7 inci. Sistem infohiburnya pula boleh diakses menerusi skrin sentuh Discover Pro bersaiz 9.2”. Ia turut dilengkapi dengan sistem bunyi Helix 300W Soundbar bernilai RM2,400 bagi merangsang halwa telinga anda.

Navigasi sistem tersebut boleh dilakukan menerusi arahan suara, kawalan gestur dan skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. App-Connect boleh digunakan dengan Android Auto, Mirrorlink pula menggunakan Type C USB, selain ketersambungan Apple Car Play nirwayar.

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Sisi, Pengunci Pembezaan Elektronik, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, Kawalan Kestabilan Elektronik, Brek Anti Kunci, Bantuan Brek, Sistem Tindak Balas Perlanggaran Pintar, Kawalan Mendaki, Sistem Brek Perlanggaran Pintar dan Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif.

Passat R-Line didatangkan bersama penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Harga cadangannya adalah RM208,888 namun berikutan tempoh cuti cukai sehingga hujung tahun ia ditawarkan pada harga RM203,411.18.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply