ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM lantik Erik Winter sebagai Pengarah Urusan yang baharu

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pelantikan Erik Winter sebagai Pengarah Urusannya yang baharu berkuat kuasa serta-merta. Beliau menggantikan Pengarah Urusan sebelumnya, Alin Tapalaga yang kembali ke Eropah berikutan masalah kesihatan dan memantau operasi Jenama dan Sumber Manusia Syarikat.

Winter akan menyertai Pengarah Urusan VPCM untuk Selepas Jualan, Teknologi Maklumat dan Kewangan, Florian Steiner. Beliau juga berpengalaman selama 16 tahun dan mempunyai kepakaran berkhidmat di pelbagai unit perniagaan Porsche Holding Salzburg (PHS) di seluruh dunia. Winter sebelum ini mengendalikan operasi peruncitan salah satu jenama yang diwakili oleh PHS di China.

Winter akan memberi fokus ke atas strategi VPCM untuk meningkatkan perkongsian pasaran, mengukuhkan rangkaian pengedar Volkswagen serta meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualannya. Sebagai sebahagian daripada strategi untuk menambah baik pengalaman pemilikan produk Volkswagen, VPCM telah memperkenalkan jaminan pengeluar selama lima tahun ke atas semua kereta Volkswagen yang dibeli mulai 1 September 2016. Passat serba baharu yang dibeli dan didaftarkan sebelum 31 Disember 2016 turut hadir bersama penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

erik-winter-joins-florian-steiner-as-managing-director-at-vpcm erik-winter-managing-director-of-brand-and-human-resource-operations

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply