ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM tawar penjimatan untuk model Passat dan tawaran selepas jualan istimewa sepanjang bulan Mac

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan bulan Mac dengan penjimatan ke atas rangkaian model Passat dan tawaran alat ganti baharu ke dalam Repair Packages (Pakej Pembaikan).

Tawaran ke atas Passat Elegance dan Passat R-Line juga telah dilanjutkan dan pelanggan bakal menikmati insurans percuma bernilai RM5,500 dan rebat petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500. Mereka yang membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom akan menikmati rebat dalam talian tambahan sebanyak RM3,500 sekali gus boleh berjimat sehingga RM11,500.

Passat Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala harga R-Line pula ialah RM203,411 termasuk pengecualian cukai, Para pemilik kenderaan Volkswagen berusia lebih lima tahun boleh menikmati tawaran istimewa Repair Packages yang melibatkan penyerap hentak hadapan dan belakang, cakera brek hadapan dan belakang, roda penggalas depan belakang serta tali sawat pemasaan mulai bulan ini.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran

Selain itu, alat ganti dan kos buruh ke atas model-model tertentu ditawarkan dengan diskaun sebanyak 30 peratus serta jaminan selama dua tahun dan. Yang pasti, hanya alat ganti 100 peratus tulen sahaja yang akan digunakan. Komponen-komponen seperti nat dan bolt juga akan diganti sebagai sebahagian daripada kos.

Kerja-kerja pembaikan ini dijalankan oleh juruteknik terlatih Volkswagen berdasarkan kepada standard global bersama peralatan yang diluluskan oleh Volkswagen. Berikut adalah penjimatan yang diperoleh berdasarkan kepada alat ganti:

Pakej Pembaikan Penjmatan sehingga 
Set penyerap hentak hadapan RM1,702
Set penyerap hentak belakangRM1,174
Set brek hadapan RM1,117
Set brek belakangRM786
Roda penggalas hadapan (1 unit)RM586
Roda penggalas hadapan (1 pasang)RM1,146
Roda penggalas belakang (1 unit)RM483
Roda penggalas belakang (1 pasang)RM958
Tali sawat pemasaanRM448

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Pemilik kenderaan Volkswagen perlu memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares dan perlu menunjukkan e-baucar yang diterima di mana-mana pusat servis Volkswagen yang sah. Para pemilik boleh menempah janji temu servis mereka secara dalam talian menerusi komputer atau peranti pintar.

Mereka hanya perlu memilih pengedar, tarikh dan masa yang diingini dengan cara memberikan perincian kenderaan masing-masing. Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara percuma juga ada disediakan berdasarkan kepada permintaan.

Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara juga mematuhi garis panduan yang ketat di bawah inisiatif #SafeHands Volkswagen. Pelaksanaan langkah kebersihan yang ketat itu merangkumi proses sanitasi premis dan titik-titik sentuhan utama, pemeriksaan keselamatan yang betul, penerimaan kenderaan tanpa sebarang hubungan, selain sanitasi ke atas semua unit pandu uji dan pameran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply