ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM tawar rebat Ang Pao sempena ketibaan tahun lembu

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) tahun ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan rebat ang pao, bagi mereka yang ingin memulakan tahun lembu dengan sebuah kereta Volkswagen baharu tidak kira apa jua model sama ada Passat waima Tiguan Allspace.

Pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan menikmati penjimatan tambahan eksklusif dalam talian, di samping rebat ang pao yang disediakan. Mereka yang berminat dengan rangkaian model Passat juga akan menerima insurans percuma selama 1 tahun atau penjimatan sebanyak RM5,500.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Model dan rebat ang pao adalah seperti berikut:

ModelRebat Ang pao Penjimatan eShowroomPenjimatan Model Tahun 2020 
Tiguan Allspace Highline Rebat RM1,000 RM3,500RM3,500
Tiguan Allspace R-LineRM3,500RM3,500
Arteon R-LineRM4,500RM2,500
Passat Elegance RM3,500Percuma insurans untuk 1 tahun atau RM5,500
Passat R-Line RM3,500

Semua model Volkswagen hadir dengan servis percuma selama tiga tahun, serta jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan pinggir jalan selama 5 tahun. Pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh menikmati tawaran terkini di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY yang menawarkan penjimatan ke atas penggantian alat ganti serta minyak enjin tulen.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Tawaran selepas jualan adalah seperti berikut:

Alat GantiTawaranTambahan 
Cakera brek (setiap cakera)Diskaun RM30 Baucar Grab RM20 
Pad Brek (setiap set)Diskaun RM30Baucar Grab RM20 
Papis pendingin udara (setiap unit)Diskaun RM20Baucar Grab RM10 
Aditif bahan api (setiap botot)Diskaun RM20Baucar Grab RM10 
Minyak Enjin Tulen 1LDiskaun 20 peratus– 

Senarai tawaran tambahan yang memberi manfaat kepada para pemilik termasuklah Pemeriksaan Servis 5 Bintang, diskaun sehingga 20 peratus untuk bateri dan tayar, serta paket ang pao percuma Volkswagen.

Janji temu servis boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan ini. Promosi jualan dan selepas jualan Volkswagen CNY sah mulai sekarang sehingga 28 Februari 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply