Menjelang pelancaran rasminya yang dijadualkan pada 23 Mac 2023, satu video ‘tinjau keliling’ Honda City facelift telah mula disiarkan menerusi saluran YouTube Kamal Yadav, sejak semalam.
Kali ini kita dapat melihat wajah sebenar City yang dikemaskini itu tanpa sebarang pelitup penyamaran lagi. Penampilan City facelift 2023 kini lebih segar dengan beberapa perubahan kosmetik luaran di bahagian depan dan belakang.
Memandangkan ia hanyalah versi facelift, boleh dikatakan, hampir keseluruhan besar reka bentuk luaran model semasa City masih lagi kekal.
Yang berubah adalah pada bahagian jeriji serba baharu dengan rekaan lebih ringkas, dihiasi motif bercorak sarang lebah, rim aloi baharu, serta bampar hadapan dan belakang yang diolah semula.
Kemasan palang krom yang melintang di antara kedua-dua lampu hadapan jenis LED itu pula nampak lebih langsing berbanding model sebelumnya.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Difahamkan hanya varian mercu sahaja yang dilengkapi lampu jenis LED, manakala varian pertengahan cuma menggunakan lampu jenis projektor.
Menjengah ke bahagian belakang, bampar rekaan baharunya kini dilengkapi dengan diffuser kemasan gentian karbon bersama sepasang pemantul cahaya yang menjadikan penampilannya lebih sporty.
Selain itu, perubahan di bahagian sisi hanya terhad kepada penukaran rim rekaan baharu bersaiz 16-inci yang dikhususkan untuk varian VL.
Ke ruangan kabin, boleh dikatakan hampir tiada perubahan drastik dilakukan. Untuk pasaran India, ia menggunakan kombinasi hitam dan beige, manakala di pasaran Malaysia lebih menggemari kabin dengan rona serba hitam.
Ia dijangka menerima beberapa ciri baharu seperti tempat duduk yang berventilasi, sistem inforia baharu, pengecas nirwayar, ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto serta banyak lagi.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Dari segi rangkaian kuasa, Honda Car India akan me’nyah’senaraikan enjin 1.5 liter diesel dan ia hanya akan ditawarkan dengan pilihan enjin petrol sahaja.
City facelift akan dijana dengan enjin petrol 1.5-liter aspirasi alami (NA) yang menghamburkan 121 kuasa kuda yang digandingkan dengan pilihan transmisi sama ada 6-kelajuan manual atau CVT.
Untuk versi City facelift kali ini, Honda akan menawarkan satu lagi pilihan hibrid, Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD) yang menjana 126 kuasa kuda dan digandingkan dengan transmisi e-CVT.
City facelift dijangka menghadapi saingan sengit daripada beberapa model seperti Skoda Slavia, Volkswagen Virtus, Maruti Suzuki Ciaz dan Hyundai Verna di pasaran India.
Setakat ini belum ada sebarang perkhabaran bilakah City facelift akan tiba di Malaysia atau rantau ASEAN. Kita nantikan info terkini dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto tangkap layar dari video Kamal Yadav
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI