ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wajib buat ujian pengesanan COVID-19, 48 jam sebelum melancong ke Langkawi – KJ

Berita Tempatan

Views

Semua pelancong yang mahu menikmati kemudahan gelembung pelancongan menerusi Projek Rintis Langkawi bermula esok, diwajibkan menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.

Menurut Berita Harian, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ujian pengesanan COVID-19 sama ada RT-PCR atau RTK-Antigen, perlu dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

Katanya, keputusan ujian itu perlu dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk, sama ada lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas.

Beliau berkata, pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri air liur (saliva) dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di tempat saringan yang disediakan atau mereka boleh membeli kit ujian kendiri melalui perkhidmatan yang akan disediakan pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, ujian pengesanan ini akan dilakukan terhadap individu dewasa (18 tahun ke atas) serta remaja dan kanak-kanak berusia 7-17 tahun. Bagi kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan saliva.

Tambah Khairy, kumpulan kanak-kanak ini mesti bersama ibu bapa atau penjaga yang sudah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terbabit akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.

Khairy berkata, bagi pelancong yang didapati negatif COVID-19, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, manakala individu yang didapati positif COVID-19 tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan dan akan diuruskan sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat yang sedia ada.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Beliau berkata, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama, seperti diumumkan Perdaan Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 2 September lalu, sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

Katanya, antara faktor yang dipertimbangkan dalam melaksanakan projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi itu termasuk liputan imunisasi lengkap penduduk dewasa di pulau terbabit yang mencapai 89.9 peratus manakala 91.8 peratus penduduk dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kesediaan operator pelancongan untuk menerima kedatangan pelancong.

Pun begitu, beliau berkata, projek rintis itu perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

Atas sebab itulah, katanya, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi sudah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Beliau ingin memberi penekanan bahawa pelaksanaan gelembung pelancongan ini tidak bermakna Kerajaan memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk tidak mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan mencuci tangan dengan kerap.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply