ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wajib daftar masuk guna MySejahtera sebelum mengisi minyak – PDRM

Berita Tempatan

Views

Jika selepas ini anda hendak mengisi minyak, sila pastikan mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Menurut China Press, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setibanya anda di stesen minyak, anda perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi aplikasi MySejahtera meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Tambah beliau, sekiranya didapati tidak mendaftar atau mengimbas, bagaimana pihak polis boleh mengesan individu terbabit jika berlaku kes COVID-19 di kawasan tersebut? Mior turut memberitahu portal tersebut yang stesen minyak adalah kawasan awam yang boleh dikategorikan sebagai tempat sesak.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Selain itu, pengunjung juga wajib memakai pelitup separuh muka, mendaftar masuk dengan aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak, mengimbas suhu badan dan menggunakan pensanitasi tangan. Jika gagal berbuat demikian, pihak berkuasa boleh mengenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak, walaupun dia memakai pelitup muka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply