ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Wak Doyok seru pemilik Satria Neo jemputnya ke sesi TT

Views

Siapa yang tak kenal dengan ikon fesyen dan hipster paling glamer Wak Doyok kan? Tak sangka rupa-rupanya Wak ni adalah salah seorang pemilik Proton Satria Neo 1.6 liter. Baru baru ini melalui akaun rasmi Facebooknya, Wak ada menyeru kepada pemilik Satria Neo untuk menjemputnya ke sesi TT (Teh Tarik) atau lepak santai.

Katanya, Satria Neo 1.6 liter telah inilah yang banyak berjasa kepadanya sejak tahun 2006 hingga 2016 semasa zamannya susah dahulu. Sekarang kereta tersebut telah ditukar warnanya dan kami rasa Wak balut kereta tu pakai pelekat sebab warna camni agak ‘rare’ sikit. Ini adalah petikan daripada status Facebook Wak Doyok.

“Hello geng-geng proton Satria Neo. Kalau ada TT jangan lupa jemput aku. Kereta kita sekarang dah rare sebab kilang proton dah tak keluarkan lagi model ni. Kecurian pon banyak berlaku oleh kereta kereta kita best handling tahun 2008-2011 sebab nak masuk litar lumba. Harga market pon makin naik starting rm28k-35k secondhand.”

Lepas ni kalau ada geng Satria Neo nak buat sesi TT ajaklah Wak sekali, tinggalkan pesanan peribadi je kat akaun Facebook dia. Kalau payah sangat tag atau komen je bila tarikh sesi tu nak diadakan, mana tau dia nak join sekali nanti. Lawa juga Wak bikin Satria Neo dia tu kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

15284940_707924972712387_7625837582910865254_n 15355773_708779472626937_8262326321181790633_n

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply