Pada 2 Januari lalu, media China melaporkan berita mengenai sebuah kereta elektrik (EV) keluaran Neta yang telah dibeli kira-kira setahun setengah yang lalu, hanya mampu dipandu sejauh 40 kilometer sekali cas.
Menerusi satu video temubual, pemilik kereta tersebut seorang wanita dikenali dengan nama Cik He dari Wilayah Zhejiang, memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.
Kereta miliknya, iaitu model Neta Aya atau Neta V-II telah dibeli sejak Mei 2023 dengan harga 76,000 yuan (RM 46,723) mempunyai jarak pandu 401 km.
Masalah awal timbul selepas cuaca sejuk baru-baru ini, menyebabkan jarak pandu kereta tersebut ‘merosot teruk’ kepada kira-kira 60 kilometer.
Disebabkan penurunan yang melampau ini, dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada Neta. Disebabkan pengedar asal tempat dia membeli kereta itu telah ditutup, dia terpaksa menghantar kereta itu ke cawangan pengedar Anji Neta 4S untuk dibaiki.
Mereka memberitahunya bahawa kereta itu telah mengalami masalah bateri dan ianya perlu diganti. Walau bagaimanapun, pek bateri tiada dalam stok. Oleh yang demikian, pengedar tersebut tidak dapat menggantikannya.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Menambahkan lagi kesulitan yang dialami oleh Cik He, bateri kereta itu baru-baru ini merosot lagi kepada jarak hanya 40 kilometer sahaja!
Jarak perjalanan pergi dan balik ke tempat kerjanya ialah 42 km, bermakna ia tidak mencukupi untuknya memandu ke tempat kerja.
Dia menjelaskan dalam video bahawa, pada satu masa, bateri kereta itu mampu bertahan selama 3 atau 4 hari penggunaan.
Cawangan pengedar itu tidak dapat memberikan masa pembaikan yang tepat kepada Cik He, hanya mengatakan bahawa ia tidak akan dapat dilakukan sehingga Tahun Baharu, tidak jelas sama ada selepas Tahun Baharu Cina (29 Januari) atau tidak.
Pengedar itu telah menghubungi pengeluar berulang kali, namun pek bateri kehabisan stok. Untuk membantu Cik He, pengedar telah meminjamkannya sebuah kenderaan yang dalam bahasa Cina digambarkan sebagai ‘daibuche‘ (代步车).
Tidak jelas apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah itu, berkemungkinan ia merupakan kenderaan mobiliti orang tua, sama ada skuter atau EV yang berkelajuan rendah.
Walau apa pun jenis kenderaan itu, ia tidak mungkin selesa untuk perjalanan jauh seperti Neta Aya yang telah dibelinya.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Dia telah memanjangkan isu itu kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan pelanggan dan penyelenggaraan Neta di peringkat kebangsaan.
Bagaimanapun, dia masih menerima jawapan yang sama dan tiada masa yang tepat bilakah pek bateri itu akan tersedia dan dapat diserahkan kepadanya.
Neta Aya atau Neta V-II telah dilancarkan pada Februari 2023 dan ia tersedia dalam versi dengan jarak 318 km dan 401 km.
Versi jarak lebih rendah menggunakan motor elektrik 40 kW, manakala versi 401 km menggunakan motor elektrik 70 kW.
Model ini agak kecil dengan dimensi berukuran 4,070 mm panjang, 1,690 mm lebar, dan 1,540 mm tinggi serta jarak roda 2,420 mm.
Neta, jenama di bawah Hozon Auto dilaporkan mengalami banyak masalah baru-baru ini, dengan khabar angin yang mengatakan syarikat itu hampir muflis.
Pengasasnya, Fang Yunzhou, baru-baru ini telah mengambil alih jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam usaha untuk menyelamatkan syarikat tersebut. – CarNewsChina
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit CarNewsChina
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI