ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita jadi punca kemalangan pelumba Tour de France dibicarakan

Berita Global

Views

Seorang penonton yang menyebabkan satu daripada kemalangan paling besar dalam sejarah Tour de France (TdF) berdepan perbicaraan semalam atas dakwaan menyebabkan ramai pelumba cedera pada hari pertama acara berbasikal itu hujung Jun lalu.

Menurut Berita Harian, wanita Perancis berusia 31 tahun itu yang identitinya dirahsiakan selepas menjadi sasaran di media sosial, memberitahu pendakwaraya dia malu dengan “kebodohannya.”

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Dia berharap papan dipegangnya yang tertulis “Allez, Opi-Omi” menggunakan bahasa Jerman bermaksud “datuk dan nenek,” bagi mengenang asal usulnya dari Jerman dapat dilihat kamera televisyen.

Namun tindakannya di depan peloton yang besar di jalan yang sempit menuju penamat di barat Perancis adalah keterlaluan. Pelumba Jerman, Tony Martin gagal mengelak dan terjatuh menyebabkan ramai lagi pelumba terbabit dalam insiden itu.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Rakaman video kemalangan dan anggota perubatan bergegas membantu mangsa, mencetuskan kemarahan peminat dan penganjur perlumbaan, terutama apabila menyedari wanita itu meninggalkan tempat kejadian tanpa membantu.

Dia menyembunyikan diri selama empat hari sebelum menyerah diri kepada polis. Beberapa pelumba terpaksa menarik diri daripada perlumbaan termasuk Marc Soler dari Sepanyol yang patah kedua-dua tangan.

Didakwa membahayakan nyawa dan menyebabkan kecederaan disengajakan, wanita itu berdepan denda hingga 15,000 euro (RM72,234) dan setahun penjara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply