ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita ‘kantoi’ sorok anak tiri dalam but Proton Waja di SJR – Cuba rentas daerah untuk beli pakaian

Berita Tempatan

Views

Gara-gara mahu merentas daerah, seorang wanita bertindak ‘menyembunyikananak tirinya di dalam but kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Namun menurut Astro AWANI, taktik tersebut terbongkar semasa pemeriksaan Polis di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, tindakan itu berjaya dikesan selepas pihak polis menahan sebuah kereta dinaiki seorang wanita bersama bersama remaja lelaki berusia 14 tahun di SJR berkenaan, jam 5 petang semalam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Shafee berkata, wanita berusia 35 tahun itu memandu dari arah Butterworth menuju ke Seberang Jaya bersama seorang remaja lelaki di tempat duduk penumpang hadapan. Dia memaklumkan kepada anggota bertugas mereka berdua mahu ke pasar raya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Bagaimanapun, anggota polis mendapati wanita itu melakukan pergerakan merentas daerah tanpa permit dan memintanya berhenti di bahu jalan. Semasa pemeriksaan lanjut dibuat anggota polis menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dalam but kereta.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Pihak polis percaya tindakan mereka berbuat demikian berikutan hanya dua individu sahaja dibenarkan menaiki kenderaan sebuah kenderaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0). Susulan kesalahan itu, pemandu kereta telah dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP serta diarah berpatah balik kerana didapati merentas daerah.

Manakala dua remaja yang masih di bawah umur diberi nasihat agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kejadian berkenaan tular di media sosial pagi tadi apabila beberapa keping gambar seorang lelaki sedang berbaring di dalam but sebuah Proton Waja tular di laman sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply