ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita kena tumbuk gara-gara bunyikan hon

Tular

Views

Gara-gara membunyikan hon kepada seorang lelaki di kawasan parkir sebuah kondomonium, seorang wanita 27 tahun ditumbuk di muka dan kepala. Portal MalaysiaGazette melaporkan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan kejadian itu berlaku pada 16 Disember lalu di sebuah kondominium di Desa Petaling.

Katanya, wanita itu telah membuat laporan polis pada hari yang sama dan lelaki yang berusia 58 tahun itu telah dituduh di mahkamah sehari selepas kejadian di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Terdahulu wanita itu menyiarkan insiden tersebut menerusi akaun Facebooknya, SnOw Kwong dan ia telah tular di media sosial.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Kata wanita itu, dia membunyikan hon kereta setelah lelaki itu yang menaiki kereta Mercedes-Benz menghalang lalu lintas di Kondominium Amadesa Resort. Ujarnya, selepas menunggu lama di belakang kereta berkenaan, barulah dia membunyikan hon.

Selepas keluar daripada kereta menuju ke lobi, seorang lelaki berusia 50-an menuju ke arahnya dan bertanya adakah dia yang membunyikan hon. Tambahnya, selepas dia mengaku, lelaki tersebut terus menarik rambut dan menumbuknya bertubi-tubi di kepala dan muka.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Dia yang takut terus melarikan diri di belakang kereta untuk menyembunyikan diri kerana pada ketika itu dia bersendirian. Katanya lagi, akibat ditumbuk, muka dan gusinya berdarah. Ayahnya kemudian turun ke bawah dan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Pengawal kesalamatan berjaya menangkap penyerang itu di kawasan parkir. Semasa penyerang itu ditemui, dia turut memegang pisau pemotong yang diletakkan pada bahagian belakangnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SnOw Kwong

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply