ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita lemas Perodua Kenari terjunam dalam Sungai Sarawak

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak berdekatan projek Jambatan Satok di Kuching, pagi tadi. Menurut Bernama, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 10.30 pagi namun pemanggil tidak dapat memastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Sejurus menerima panggilan itu, 14 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pandungan telah dikerah ke tempat kejadian. Satu video tular di media sosial yang memaparkan kereta berwarna perak yang separuh terapung dengan dua orang individu di dalam sebuah perahu cuba mendekati kereta itu bagi menyelamatkan mangsa.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Seorang daripada individu dalam perahu dikenali sebagai Bonnie berkata, dia melihat kenderaan berkenaan di dalam sungai ketika sedang bertugas membersihkan sampah sarap di sungai itu. Bonnie dan rakannya bergegas untuk menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan itu namun gagal kerana keempat-empat pintu dikunci dari bahagian dalam.

Sementara itu, mayat seorang wanita yang berada dalam kereta berkenaan berjaya dikeluarkan oleh dua orang penyelam dari  Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang tengah hari tadi. Dalam perkembangan lain, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Supt Alexson Naga Chabu ketika dihubungi berkata, polis kini sedang mendapatkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply