ARKIB

KATEGORI

Buletin

Waranti kereta Proton yang tamat dalam tempoh PKP akan dilanjutkan

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media sebentar tadi, Proton menegaskan yang pihaknya ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan berhubung isu-isu berkaitan servis dan waranti kenderaan mereka, demi menghormati dan menunjukkan tanda sokongan kepada Kerajaan Malaysia terhadap lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Menurut kenyataan tersebut, waranti yang tamat tempoh semasa tempoh PKP akan dilanjutkan kepada 1,000km atau 30 hari selepas hari terakhir PKP, yang mana-mana terdahulu. Berikutan penutupan semua pusat servis Proton sepanjang tempoh PKP, semua waranti masih sah dan boleh digunakan meskipun kenderaan tersebut telah melepasi tempoh servis yang disarankan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Pelanggan dinasihatkan untuk menyelenggara kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari selepas hari terakhir PKP untuk memastikan waranti kenderaan mereka kekal aktif. Pelanggan juga dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis Proton bagi membuat temu janji dalam tempoh 15 hari dari tarikh berakhirnya tempoh PKP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-88-8398 atau emel kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply