ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga asing pandu Myvi cuba rempuh polis ditahan, suspek kes dadah rupanya

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki warga asing berjaya ditahan polis selepas bertindak agresif serta hampir merempuh anggota polis dalam cubaan untuk melarikan diri, di Manggatal.

Menurut Astro AWANI, kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu melihat polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta Perodua Myvi yang dipandu suspek berusia 20-an terbabit.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman, pihaknya telah menjalankan operasi ‘Op Tapis’ selepas mengesyaki terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Beliau berkata, suspek enggan memberi kerjasama ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan, dan bertindak agresif dengan merempuh kenderaan pasukan beberapa kali.

Suspek turut cuba melanggar anggota polis dengan cara merempuh dari bahagian hadapan kenderaan namun sempat dielakkan pasukan operasi.

Pihak polis kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke tayar hadapan kiri dan kanan bagi mempertahankan diri.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

George berkata, suspek berjaya melarikan diri namun kenderaannya hanya mampu bergerak sejauh 120 meter daripada tempat kejadian sebelum ditahan pasukan polis.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan dua paket plastik lutsinar, setiap satu berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

Anggaran berat kasar keseluruhan rampasan dadah adalah sebanyak 100 gram dan suspek terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Terdahulu, kejadian berkenaan sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di laman sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply