ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga emas meninggal dunia semasa tunggu giliran di JPJ

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia di kerusi ruang menunggu kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, pagi tadi.

Menurut Berita Harian, polis menerima satu laporan pada jam 10.21 pagi berkenaan seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu jabatan berkenaan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata susulan itu, sebuah ambulans bersama petugas perubatan bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa keadaan mangsa.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 76 tahun disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambah beliau, buat masa ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ariffin di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, tular di media sosial hari ini beberapa gambar dan video berhubung kejadian tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply