ARKIB

KATEGORI

Tular

Warga emas pandu Toyota Prius lawan arus ditahan

Tular

Views

Kes memandu secara lawan arus semakin menjadi-jadi, yang terbaharu melibatkan seorang lelaki warga emas yang ditahan hari ini selepas videonya melakukan aksi berbahaya itu tular di media sosial.

Menurut K!ONLINE, penahanan suspek berusia 74 tahun itu dilakukan pukul 5.45 petang tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, berdasarkan siasatan kejadian lawan arus itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari semalam di Persiaran Tun Teja.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut yang memandu kenderaan jenis Toyota Prius sedang menuju Jalan Batu 4 di Shah Alam dari Plaza Tol Alam Impian.

Lelaki berkenaan telah memandu melawan arus setelah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja, tiada kemalangan dilaporkan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Beliau menambah, hasil saringan awal ujian kencing mendapati lelaki tersebut negatif dadah. Kata Ramsey, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Jelasnya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-447 5767.

Terdahulu tular dua video masing-masing berdurasi 35 saat memaparkan aksi kereta dipandu lelaki tersebut melawan arus sebelum video berdurasi 29 saat menunjukkan nombor plat kenderaan berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply