ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga Indonesia pukul anggota polis di sekatan jalan raya PKP

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Presint 14, hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan memanggil suspek yang berjalan kaki melalui sekatan jalan raya.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Beliau menjelaskan, semasa suspek mendekati pegawai polis itu, secara tiba-tiba suspek terus menyerang dengan menumbuk sebanyak dua ke tiga kali dan terkena bahagian kening mata sebelah kiri anggota. Katanya, anggota polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum ketika hendak menangkap suspek kerana suspek melawan sehingga berlaku pergelutan.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tambah beliau, suspek telah mengalami sedikit kecederaan iaitu calar pada bahagian muka dan pemeriksaan ke atas suspek didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.Rosly berkata siasatan awal juga mendapati suspek keluar rumahnya hanya untuk berjalan-jalan dan tidak dapat menyatakan lokasi ditujunya.

Suspek ditahan kerana telah mendatangkan kecederaan kepada anggota, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply