ARKIB

KATEGORI

Tular

Warga Rusia yang tular di media sosial rupanya ‘scammer’, betul ke?

Tular

Views

Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang warga Rusia yang kelihatan meminta sedekah di restoran makanan segera di Temerloh hingga mendapat perhatan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah terbabit. Dikatakan ‘mat saleh’ itu kehabisan wang dan terkandas di negara ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik COVID-19.

Lelaki tersebut telah dibawa ke Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur dengan bantuan pihak PDRM Daerah Temerloh. Petang semalam kelibat lelaki yang sama kelihatan sekali lagi dan berjaya dirakam di Tesco Putra Nilai. Dia masih lagi menggunakan modus operandi yang sama, namun kali ini membawa seorang rakannya. Foto tersebut tular dan telah menimbulkan pelbagai persoalan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Taktik penipuan lelaki ini akhirnya telah dibongkarkan oleh seorang warganet bernama Fadhil Waynie yang memberitahu lelaki tersebut sebenarnya merupakan ‘backpacker scammers‘. Perkara ini telah didedahkan oleh seorang wanita warga Rusia, yang merupakan pemilik rumah tamu di Kuala Lumpur.

Kata Fadhil, wanita tersebut merasa malu apabila ada orang Rusia yang mengambil kesempatan atas kebaikan warga Malaysia untuk membolehkan mereka ‘melancong secara murah‘ di negara ini. Tambah wanita itu lagi, lelaki tersebut telah bertemu dengan dua lagi rakannya untuk menyambung percutian ke Port Dickson pula.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Patutlah kantoi sekali lagi di Nilai! Wanita itu turut mendedahkan yang nama sebenar ‘lelaki penipu’ itu adalah Maxim. Kami berharap dengan pembongkaran ini tiada lagi yang terpedaya dengan taktik licik ‘mat saleh penipu’ itu yang hanya mengambil kesempatan untuk keseronokkan diri sendiri.

Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya jika benar pembongkaran ini supaya negara kita tidak menjadi sarang ‘warga asing’ yang cuba menetap lama di sini dengan cara yang tidak sepatutnya. Ayuh sama-sama kita bantu pihak berkuasa untuk banteras kegiatan ini. Kita jaga kita!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply