ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warganet pertikai mengapa pemilik butik fesyen boleh rentas negeri semata-mata untuk berikan kejutan hadiah Proton X50 buat ibu bapa

Tular

Views

Tular dan sedang ‘hangat diperkatakan’ di laman sosial Instagram, video yang dimuatnaik oleh pemilik butik fesyen muslimah terkenal Leeyanarahman, Yana Lee yang dikatakan sanggup merentas negeri bersama suami untuk membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya dengan menghadiahkan mereka sebuah Proton X50.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Katanya kereta tersebut telah ditempah sejak Oktober 2020 dan baharu sahaja diserahkan pada minggu lalu. Menurut portal TheVocket, Yana Lee berkata mereka telah mendapat kebenaran pihak polis untuk merentas negeri selama sehari dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk tujuan tersebut, malah kereta tersebut di bawa pulang ke kampung untuk dijadikan kereta syarikat.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Tambah Yana Lee, mereka juga mematuhi syarat-syarat yang dikenakan seperti hanya tiga orang dibenarkan untuk merentas negeri. Walaubagaimanapun, video itu telah menerima pelbagai reaksi yang bercampur-baur daripada warganet.

Ada yang terharu dan tumpang gembira, malah ramai juga yang mempertikaikan mengapa mereka dibenarkan untuk merentas negeri untuk tujuan tersebut kerana ia seolah-olah ‘memilih bulu’, sedangkan ada di antara mereka yang langsung tidak dapat pulang ke kampung berjumpa dengan ibu bapa meskipun atas alasan sakit.

Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply