ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warganet tegur tindakan geng Civic Ketam ‘TT’ di jalan pintas Temiang

Tular

Views
@shahirr2 #fyppppp ♬ Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Jalan pintas Temiang di Seremban ke Jelebu yang dibuka tahun lalu kini menjadi popular kerana keindahan pemandangan menghijau sepanjang pemanduan di situ.

Menurut MalaysiaGazette, laluan yang sebenarnya lengang sebelum ini mula sibuk terutamanya pada hujung minggu khususnya pada waktu petang.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Malah terdapat sesi perjumpaan sesama pemilik kenderaan yang mana ia mungkin menyalahi undang-undang jalan raya.

Menerusi satu video yang dimuat naik Shahirr di akaun TikTok miliknya, dia sempat merakam gelagat geng konvoi Honda Civic FC yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan dan melepak dengan ahli-ahli konvoi yang lain.

Kelihatan deretan kereta berhenti di bahu jalan yang sedikit sebanyak menyukarkan pengguna jalan yang lain. Ada satu ketika, kereta lain pula yang perlu mengelak pemilik kereta yang sedang berdiri dan bersembang di sisi jalan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata memberi pandangan tidak sesuai untuk dibuat perhimpunan di kawasan tersebut kerana laluannya yang sempit walaupun pemandangannya cantik.

Ada juga komen daripada individu yang berkemungkinan salah seorang pemilik Honda Civic FC di situ yang mengatakan perbuatan mereka itu tidak salah kerana mereka berhenti di tepi jalan dengan tertib dan bukannya berhenti di tengah jalan sehingga mengganggu trafik.

Pemilik akaun FC Malaysia di TikTok turut meninggalkan komen dan berterima kasih kepada perakam video kerana bantu menularkan aktiviti mereka sehingga naik ke for your page (FYP) TikTok.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply