ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wey – Bakal pesaing Range Rover dari China

Views

Peperangan SUV kini melarat ke negara tembok besar China dan pengeluar kedua terbesar di negara tersebut Great Wall Motors melancarkan jenama SUV mewah terbaharu mereka Wey. Jenama tersebut dilancarkan sempena pameran motor Guangzhou dengan memperkenalkan dua model konsep SUV, yang akan berada di atas sub-jenama Haval dan bakal berentap dengan beberapa nama besar seperti Range Rover, Audi, BMW, Mercedes-Benz dan Volvo.

Wey akan diterajui oleh mantan eksekutif Audi, Jens Steingraeber yang dilantik oleh Great Wall sebagai CEO dan Timbalan Presiden Great Wall. Di Audi, Steingraeber bertanggungjawab untuk segmen SUV, pernah menjadi Pengurus Produk untuk model Q3 selain turut terlibat secara langsung dalam pembangunan R8 dan produk Audi Sport yang lain.

Bekas pereka SUV BMW, Pierre Leclercq, yang telah mengetuai pasukan rekabentuk barisan model Haval sejak 2014 akan turut terlibat dalam rekabentuk Wey. Nama Wey diambil sempena nama pengerusi syarikat tersebut, Wei Jianjun dan untuk permulaan model tersebut hanya akan dijual di pasaran China sahaja. Namun, Great Wall Motor telah pun mendaftarkan tanda niaga (trademark) Wey pada Jun tahun ini dan penerimaan dijangka pada 1 Disember 2017. Pendaftaran tanda niaga yang sama juga telah dibuat di Amerika Syarikat.

Di Guangzhou, Wey mempamerkan sepasang model konsep SUV, W01 dan W02 di pentas khas yang berada di antara ruang pameran jenama mewah terkemuka lain seperti Jaguar, Land Rover, Acura, Lincoln dan BMW. Buat masa ini tiada maklumat terperinci untuk kedua-dua model tersebut, namun model yang lebih kecil ia dikatakan mempunyai panjang 4.4 meter – lebih panjang dari Audi Q3 dan BMW X1, manakala model satu lagi bersaiz 4.8 meter panjang dan akan berada di antara Audi Q5 dan Q7. Laporan dari China mengatakan Wey bakal ditawarkan dengan penjana kuasa petrol, elektrik, dan juga versi kawalan berautonomi (autonomous).

KLIK UNTUK BESARKAN

2496268 2496270 2496620 2496622 2496624 2496626 2496628 2496630 2496632

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Bila tengok model wey ni teringat suprima aktive. Rekabentuk memang berlainan. Point nya adalah bila SUV buatan nasional akan diperkenallan selepas kembara yang telah lama dihentikan

Leave a Reply