ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wuling Bingo – Hatchback EV dengan gaya retro yang ranggi

Berita Tempatan

Views

Setelah kejayaan Mini EV di China, Wuling terus mengorak langkah ke hadapan dan bakal memperkenalkan sebuah model hatchback elektrik yang dikenali sebagai Wuling Bingo.

Ia menampilkan gaya reka bentuk ala retro dan banyak menggunakan elemen berbentuk bulat. Sekilas pandang, ia mirip Ora Good Cat dengan skala yang lebih kecil.

Rekaan hadapannya agak comel dengan sepasang lampu berbentuk bujur dan kelihatan logo Wuling bersaiz besar pada muncungnya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dari pandangan sisi, ia mengingatkan kita pada model generasi pertama dan kedua Myvi, manakala di belakang Bingo kelihatan seperti model smart #1 versi yang lebih ringkas.

Dari segi dimensi, Bingo sememangnya bersaiz kecil dengan ukuran 3,950 mm panjang, 1,708 mm lebar, 1,580 mm tinggi dan jarak antara rodanya 2,560 mm.

Beratnya pula 2,075 kg, agak berat jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil. Motor elektriknya terletak di hadapan dan akan ditawarkan dengan dua pilihan output yang berbeza, iaitu 41 kuasa kuda dan 68 kuasa kuda.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tenaganya disimpan pada pek bateri litium besi fosfat, namun Wuling tidak menyatakan dengan lebih lanjut berkenaan kuasa bateri mahupun jarak tempuhnya.

Bingo kan mula memasuki pasaran China pada separuh pertama 2023 dengan tanda harga sekitar 80,000 hingga 120,000 yuan (RM50,819 hingga RM76,229).

Ia akan dihasilkan oleh SAIC-GM-Wuling (SGWM), syarikat usaha sama antara SAIC, General Motors, dan Wuling Motors.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply