ARKIB

KATEGORI

Teknologi

X One – Basikal elektrik pintar guna sistem operasi Android dengan pengimbas wajah

Berita Global

Views

Ini baru betul inovasi, bukan ubahsuai basikal jadi basikal lajak lepas tu buat aksi macam Pingu meluncur atas ais dan membahayakan orang lain. Memperkenalkan basikal elektrik pintar, X One yang menggunakan sistem operasi Android dengan skrin sesentuh pada bahagian badannya. Paling menarik, ia menggunakan sistem keselamatan dengan pengimbas wajah bagi mengelakkan kecurian.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Basikal canggih ini dibangunkan oleh eXXite dan rekaan retro-modennya mendapat sentuhan pereka Mat Rauzier. Sistem pengimbas wajahnya menggunakan sebuah kamera pada bahagian skrin dan selagi ia tidak mengecam wajah pengguna sebenar, basikal ini akan terus mengunci motor elektriknya dan tidak boleh digunakan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

X One mampu bergerak sejauh 75km dengan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan baterinya pula boleh dicas penuh dalam tempoh 4 jam. Ia dibina menggunakan kerangka aluminium komposit yang digandingkan bersama fork gentian karbon serta bateri 42 volt, 16Ah yang ditanam dalam kerangka sekaligus mengukuhkan strukturnya tanpa perlu menambah apa yang tidak perlu pada bahagian tersebut.

Basikal ini turut dilengkapi dengan lampu belakang jenis LED pada belakang tiang pelana, sensor foto untuk pencahayaan automatik pada paparan skrin, lampu signal pada pemegang dan lampu depan juga jenis LED yang agak terang. eXXite sedang mengumpul dana biayasama menerusi laman Indiegogo dan X One kini boleh ditempah pada harga kira-kira RM83,287 seunit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply