ARKIB

KATEGORI

Buletin

X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Berita Tempatan

Views

Bangun pagi ini je, terus terlintas di dinding (wall) Facebook penulis, video iklan Merdeka ke-63 Proton. Bila penulis memainkannya terus terlihat imbasan kelibat ‘adik bongsu’ X50 berwarna biru (mungkin Blue Ocean) membuat sesi acah dalam video tersebut.

Video berdurasi hanya 40 saat itu lebih banyak mengacah X50 yang terselit celah-celah adik-beradiknya yang lain, namun tidak mengenepikan elemen patriotik dan sambutan ulang tahun ke-63 kemerdekaan. Penulis lebih tertarik kepada kemunculan awal X50 kerana ia pasti bakal melegakan hati para peminat yang sekian lama menantikannya.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Adakah ini petanda awal X50 akan muncul dalam masa terdekat? Seperti kelaziman pengeluar kenderaan, iklan acah adalah ‘propaganda’ awal bagi memberikan rasa keterujaan bagi menantikan ketibaan sebuah model baharu. Bagi penulis, X50 akan muncul dalam masa terdekat, mungkin bulan depan tempahannya akan mula dibuka.

Apa yang dapat kita lihat dalam iklan acah tersebut, X50 versi Proton sebenarnya tidak banyak beza dengan saudara kembarnya di China, Geely Bin Yue (SX11) dan Coolray di Filipina. Dari segi reka bentuk keseluruhan, yang berbeza hanyalah pada bahagian jeriji yang menampilkan rekaan berunsurkan busur (Ethereal Bow) dan juga Infinite Weave, selain logo baharu Proton.

Nampaknya hasrat penulis untuk melihat perubahan yang lebih drastik model ini berbanding X70 tidak kesampaian, walaupun model ini mengambil masa agak lama untuk dibangunkan. Agak hampa, tapi itulah hakikaktnya. Untuk bersangka baik, mungkin ini adalah untuk mempersiapkan lebih banyak lagi vendor dan juga peningkatan jumlah komponen tempatan, jadi jangka masa ujian perlu mengambil lebih masa.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Di bahagian dalam juga tiada perbezaan ketara, namun kita mungkin hanya akan dapat kemasan kabin dwitona gabungan hitam dan krom kusam sahaja untuk semua varian. Tidak seperti Bin Yue yang ada kemasan merah, hitam dan krom kusam untuk varian Sport.

Setakat yang penulis tahu, Proton bakal menawarkan tiga virian untuk model ini yang terdiri daripada varian Standard, Executive dan Premium/Sport. Dari segi pilihan warna, hanya empat warna sahaja yang boleh disahkan buat masa ini, putih, kelabu, biru dan oren, selain kombinasi warna dwitona (bumbung hitam).

X50 akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo (Drive E) yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-cekam (DCT). Model ini juga mempunyai kandungan komponen tempatan yang jauh lebih tinggi daripada X70 kerana terdapat pertambahan yang agak ketara dari segi bilangan vendor lokal. Untuk model X50, tiada unit CBU seperti yang diperkatakan sebelum ini dan yang ada hanyalah unit pemasangan tempatan (CKD).

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply