ARKIB

KATEGORI

Buletin

Xiaomi perkenal kereta kawalan jauh Suzuki Jimny

Berita Global

Views

Tahun lalu, pengeluar peranti pintar dan juga perkakasan elektrik dari China, Xiaomi telah memperkenalkan sebuah Redmi Car dengan usaha sama pengeluar automotif tertua di China, First Automotive Works (FAW). Ia dikenali dengan Bestune T77 dan telah diperkenalkan semasa Shanghai Motorshow 2019.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Namun tahun ini mereka membuat sedikit kelainan dengan mengeluarkan sebuah model skala 1:16 Suzuki Jimny kawalan jauh. Menurut portal scmp.com, ‘kereta mainan’ ini akan dijual menerusi laman pendanaan awam, Xiaomi eCommerce. Harga jualannya ditetapkan pada RMB199 (RM120), namun penyumbang terawal di laman pendanaan tersebut boleh mendapatkannya pada harga RM179 (RM108) sahaja.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Pada bulan ini juga, Xiaomi telah mendaftarkan tanda dagang di China yang membawa maksud ‘Pakatan Kereta Xiaomi‘. Adakah ini memberi petanda yang mereka bakal menghasilkan kereta mereka sendiri pada masa akan datang?

Pesaing terdekatnya, Huawei telah mengorak langkah lebih awal dengan mengadakan kolaborasi bersama 18 pengeluar di China untuk membangunkan kenderaan dengan sambungan 5G. Menurut penganalisis, teknologi 5G amat diperlukan untuk kereta pandu sendiri yang membolehkannya dikawal dari jauh, misalnya ketika dalam kecemasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply