ARKIB

KATEGORI

Tular

Yamaha 125z harga RM90K untuk dijual, ada beran?

Tular

Views

Yamaha RX-Z harga RM60,000 sudah dijual, Honda EX5 harga RM15,000 katanya juga sudah terjual. Kini timbul pula satu lagi jenama motosikal yang ditawar dengan harga tinggi.

Menurut K! ONLINE, Yamaha 125z keluaran pertama pula menjadi tular di sosial media baru-baru ini, apabila ditawarkan pada harga RM90,000.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Motosikal tersebut didakwa merupakan model keluaran pertama jenama tersebut telah disalin tukar barangan baharu daripada stok lama (NOS) hampir keseluruhan bahagian.

Yamaha 125z yang dikeluarkan sekitar tahun 1998 ke 1999 itu merupakan motosikal yang begitu terkenal kerana bentuk serta kelajuannya yang dikatakan melangkaui zaman.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Namun harga yang ditawarkan bagi model pertama ini menjadi perdebatan hangat di media sosial dan rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan itu.

Kata salah seorang warganet bernama Ketaro Racing, dia mengakui yang model tersebut tiada lagi dalam pasaran, namun harga yang ditawarkan terlalu tinggi.

Tambahnya, meskipun barangannya ‘ori’, tetapi tidak wajar untuk menawarkannya dengan harga sebegitu. Saifullah90 pula berkata, hanya mereka yang tahu sahaja faham mengapa harga model ini mahal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply