ARKIB

KATEGORI

Info

Yamaha 135LC motosikal ‘paling panas’ sepanjang tahun 2018

Info

Views

Dalam artikel sebelum ini, kami telah menyenaraikan 10 model kereta yang telah merekodkan kadar kecurian yang tertinggi pada enam bulan pertama 2019 menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC).

Proton Wira menduduki tempat teratas dengan 127 unit, diikuti oleh Proton Iswara (82 unit) dan Perodua Kancil (70 unit). Selain kereta, motosikal turut menjadi sasaran si pencuri dan menurut statistik yang dikeluarkan oleh VTREC untuk tahun 2018, sebanyak 7,005 kes kecurian telah dilaporkan.

Motosikal jenis ‘kapchai’ mendominasi carta 10 motosikal ‘paling panas’ pada tahun 2018 dan jenama Yamaha merupakan model yang paling banyak dicuri, diikuti oleh Honda dan Modenas. Yamaha 135LC berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh Yamaha Y125 dan Honda C100.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Berikut adalah model-model motosikal dan bilangan unit yang telah dicuri pada tahun 2018:

  1. Yamaha 135LC – 1,444
  2. Yamaha Y125 – 1,098
  3. Honda C100 – 939
  4. Honda Wave – 262
  5. Yamaha Lagenda – 232
  6. Yamaha Ego – 118
  7. Modenas Kriss – 100
  8. Honda ANF100 – 97
  9. Yamaha Y15ZR – 46
  10. Honda ANF125 – 42

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Pada tahun 2017, Yamaha 135LC turut berada di posisi teratas dengan jumlah kes kecurian yang dilaporkan sebanyak 2,032 unit. Honda C100 dan Yamaha Y125 bertukar posisi untuk tahun 2017 dengan masing-masing merekodkan jumlah kes kecurian sebanyak 1,875 dan 1,834.

Ini bermakna, pemilik kapchai khususnya Yamaha 135LC haruslah sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa meletakkan motosikal mereka khususnya di kawasan pakir awam. Ikuti tips dari VTREC ini untuk mencegah kecurian motosikal.

  • Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
  • Pastikan anda mengunci motosikal sebelum meninggalkannya.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
  • Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
  • Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

Semoga tip-tip ini memberi manfaat kepada semua!

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply