Semalam laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia telah mula menyiarkan klip video iklan acah sebuah model baharu yang bakal dilancarkan secara maya pada 18 Mac nanti (Khamis), jam 7.00 malam. Video tersebut memaparkan satu pengumuman ringkas yang dibuat oleh selebriti terkenal, Zizan Razak.
Dalam pengumuman ringkas tersebut, Zizan ada memberi sedikit bayangan mengenai model baharu tersebut. Katanya, ia merupakan sebuah motosikal Yamaha 155cc dengan teknologi VVA, namun tiada penjelasan lebih terperinci mengenainya dan kita perlu menunggu sehingga Khamis depan untuk mengetahui jawapannya.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Model apakah yang bakal dilancarkan nanti? Kami hanya mampu membuat andaian dan ada kebarangkalian model yang dikatakan oleh Zizan itu adalah supermoped Y15ZR V3 dengan VVA. Sebelum ini kami pernah menyiarkan beberapa foto intip kelibat model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y15ZR V3) yang sedang diuji di Malaysia.
Exciter 155 VVA telah dilancarkan di Vietnam dan didatangkan dalam dua varian, iaitu Standard Version dan Premium Version, dengan empat pilihan warna yang menarik. Tiga pilihan warna ditawarkan pada varian Standard Version dan Premium Version iaitu hitam, merah dan putih manakala satu lagi tema warna, GP Edition hanya ditawarkan pada Premium Version sahaja.
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
Ia dipacu oleh enjin silinder tunggal 155 cc suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digandingkan bersama transmisi enam kelajuan (cekam jenis slip & assist) yang mampu menghasilkan 17.7 kuasa kuda pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm daya kilas pada 8,000 rpm.
Di Vietnam, Exciter 155 VVA baharu dijual pada harga 46,990,000 VND (RM8,233) bagi varian Standard Version, 49,990,000 VND (RM8,758) bagi varian Premium Version dan varian GP Edition pula dijual pada harga 50,490,000 VND (RM8,846).
Apa pun, kita tunggu 18 Mac ini!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
KOMEN TERKINI