ARKIB

KATEGORI

Tular

Yamaha LC135 V6 milik penghantar makanan wanita dicuri – Warganet mohon bantuan orang ramai

Tular

Views

Tular sejak petang tadi di beberapa laman group berkenaan kes kecurian motosikal baharu milik seorang penghantar makanan wanita di Facebook. Difahamkan motosikal jenis Yamaha LC135 V6 berwarna biru dengan nombor pendaftaran BQF 2182 itu telah dicuri berhampiran pasar raya Giant, Batu Caves.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Menurut maklumat dari warganet, dua orang lelaki memakai pelitup muka hitam yang menunggang motosikal Honda berwarna oren disyaki mencuri motosikal milik penghantar makanan wanita itu. Rata-rata warganet berang serta bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan berdoa agar wanita tersebut menemui dipermudahkan urusannya.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Ada juga warganet yang berkata, kawasan berhampiran pasar raya Giant, Batu Caves kerap berlakunya kes kecurian kerana si penjenayah sentiasa berkeliaran dan akan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Orang ramai diminta menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat atau menjumpai motosikal tersebut dengan segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply