ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha NMax 2020 dilancarkan – Harga RM8,998

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan skuter NMax serba baharu secara dalam talian. Ia menampilkan rekaan yang lebih elegan dan moden dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan. NMax 2020 masih mengekalkan enjin 155cc VVA dengan teknologi BlueCore yag menghasilkan 14.8 kuasa kuda pada 8,000rpm dan 14.4Nm daya kilas pada 6,000rpm.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Reka bentuk NMax 2020 tampil lebih canggih dengan lampu hadapan jenis LED enam mentol, lampu posisi, belakang LED dengan berbentuk 3D dan lampu kecemasan. Selain itu NMax dilengkapi dengan panel meter LCD yang lebar, butang menu untuk carian data, soket 12 voltan dan ruang simpanan bawah pelana tempat duduk berkapasiti 23.3 liter.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Skuter ini turut dilengkapi dengan Unit Kawalan Penjana Penghidup yang menjadikan enjin lebih senyap semasa dihidupkan. Ia juga dilengkapi Sistem Henti dan Mula yang boleh diaktifkan menerusi suis pada bar pemegang, manakala kapasiti tangki bahan api juga dipertingkatkan kepada 7.1 liter.

Tunggangan skuter ini dikatakan lebih selesa kerana ruang lantai yang lebih luas untuk meletak kaki. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu merah dan kelabu kelam (matt) dengan harga jualan RM8,998 (atas jalan tidak termasuk insurans).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply