ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha NMax 2023 kini dengan dua warna baharu, harga RM9,798

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model skuter Yamaha NMax yang dikemaskini dengan pilihan warna baharu.

Yamaha NMax 2023 kini ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Merah dan Biru. Harga jualan yang disyorkan (tidak termasuk pendaftaran dan insurans) adalah RM9,798, naik RM300 berbanding dengan model 2022.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Ia boleh mula didapati di pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula bermula dari 16 Mac 2023.

Skuter ini dikuasakan oleh enjin 155cc silinder tunggal sejukan cecair 4-lejang SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA) yang mampu menjana 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm daya kilas pada 6,000 rpm.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi tali sawat V-automatik. Ia turut dilengkapi sistem suspensi fork teleskopik di depan dan lengan ayun di bahagian belakang, selain tangki bahan api dengan kapasiti 7.1 liter.

Ia juga masih dilengkapi sistem suspensi hadapan teleskopik dan lengan ayun di belakang. Dari segi keselematan, ia dilengkapi dengan brek cakera tunggal hidraulik bersaiz 230 mm di depan dan juga belakang.

Setiap pembelian Yamaha NMax 2023 akan menerima dengan Kunci Cakera Yamaha secara percuma bernilai RM100.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply