Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) malam tadi melancarkan model keduanya tahun ini, skuter Yamaha NVX baharu yang ditawarkan dalam dua pilihan varian, Standard dan ABS. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Datuk Jim Khor, NVX 2021 menggabungkan kejituan kejuruteraan dan teknologi digital bagi membolehkan penunggang menikmati keterhubunganhiper dan pengalaman tunggangan yang lancar.
NVX 2021 menjadi model pertama Yamaha di Malaysia yang menampilkan aplikasi Y-Connect yang membolehkan penunggang untuk untuk emadankan peranti pintar mereka dengan skuter itu untuk mendapatkan maklumat terkini dan berguna.
Aplikasi ini akan memberikan maklumat seperti tahap minyak enjin dan bateri, penggunaan bahan bakar, peringatan servis, mengenalpasti di mana lokasi terakhir motosikal mereka dipaerkir dan prestasi kecekapan bahan bakar kepada penunggangnya.
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
Skuter ini dikuasakan oleh enjin baharu 155cc sejukan cecair, SOHC, silinder tunggal Yamaha Blue Core dengan VVA yang menjana 15.4PS pada 8,000 rpm dan 13.9Nm daya kilas pada 6,500 rpm, berbanding model sebelumnya.
Ia turut dilengkapi dengan panel instrumen LCD digital sepenuhnya yang serasi dengan aplikasi Y-Connect dengan tambahan pemberitahuan panggilan tidak dijawab dan penerimaan mesej selain lampu LED baharu dengan lampu pandu, lampu belakang/brek jenis LED dan soket pengecasan 12v.
Kapasiti tangki bahan apinya kini lebih besar, 5.5 liter berbanding hanya 4.6 liter pada model sebelumnya. Kini NVX 2021 mampu mencapai jarak perjalanan sekitar 200km dengan satu tangki penuh. Selain itu, sistem Henti & Mula kini menjadi ciri standard bagi model ABS.
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
Reka bentuk hadapannya tampil dengan fairing aerodinamik dengan penutup sisi yang direka untuk meningkatkan keselesaan dan pada masa yang sama menampakkannya lebih langsing, lebih kompak dari pandangan hadapan. Penghidup nirkunci menerusi Kunci pintar, suspensi belakang dengan sub tangki pula hanya ditawarkan untuk model ABS.
Sistem brek hadapan kini lebih mantap dengan sistem ABS menerusi cakera hadapan 230mm. NVX 2021 ditawarkan pada harga RM 8,998 untuk model Standard dan untuk versi ABS pula berharga RM 10,998 (tanpa insurans dan yuran pendaftaran).
Dari segi pilihan warna, versi Standard ditawarkan dengan warna Merah dan Cyan, manakala versi ABS ditawarkan dengan pilihan warna Platinum SE dan GP Blue. Jenis cat yang digunakan pada versi ABS adalah dirumus khas daripada aluminium berkualiti tinggi dan damar (resin) premium bagi menghasilkan kemasan di antara metalik dan kusam.
Sebagai tambahan, bakal pemilik NVX 2021 akan menerima pengunci cakera keselamatan bagi setiap pembelian secara percuma. Skuter ini hanya boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara mulai bulan Mei 2021.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
KOMEN TERKINI