ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha YZF-R25 2021 kini dengan pilihan warna baharu dengan reka corak grafik yang lebih menarik

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan YZF-R25 (2021) yang dipertingkatkan dengan pilihan satu warna baharu Cyan Metallic serta turut menampilkan reka corak grafik pada badan motosikal yang lebih menarik. Selain Cyan Metallic, satu lagi pilihan warna yang  turut ditawarkan iaitu Yamaha Blue.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Cyan Metallic, akan menggantikan salah pilihan warna pada model 2020 iaitu Matte Silver. Harga model ini masih lagi kekal dengan harga cadangan asas tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans iaitu RM19,998.00. Selain itu, HYLM akan memberikan Kunci Cakera Yamaha bernilai RM100.00 secara percuma bagi setiap pembelian.

YZF-R25 2021 dijana oleh enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 249cc DOHC sejukan cecair berkuasa 35.5 kuasa kuda pada 12,000rpm dan 22.6Nm daya kilas pada 10,000rpm. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi manual 6-kelajuan. Kombinasi warna Cyan Metallic turut diserikan lagi dengan kemasan warna merah pada jejari rim aloinya.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Secara amnya, model 2021 ini masih lagi mengekalkan reka bentuk pada model sebelumnya dengan penambahbaikan pada kelompok instrumen LCD pelbagai fungsi yang memaparkan informasi seperti kedudukan gear, takat bahan api, purata dan masa sebenar penggunaan bahan api dan lain-lain.

Ia turut dilengkapi dengan sistem suspensi depan menggunakan sepit (fork) songsang (USD) baharu di hadapan, manakala suspensi belakangnya pula menggunakan jenis monoshock. Selain itu, sistem brek YZF-R25 2021 adalah dari jenis cakera tunggal hidraulik dengan angkup brek dwi-omboh di depan, manakala di bahagian belakangnya pula menggunakan jenis cakera tunggal hidraulik dengan omboh tunggal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply