ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yaris ATIV – Apa yang menarik mengenainya

Views
Yaris ATIV เริ่มต้น สู่โลกที่กว้างกว่า กับ ยาริส เอทีฟ สมาร์ทซีดานใหม่

Adik kepada Toyota Vios, Yaris ATIV telah selamat dilancarkan di Thailand semalam. Walaupun berkongsi pelantar bersama abangnya Vios, Yaris ATIV hanya diberikan penjana kuasa berkapasiti 1.2 liter supaya ia mendapat insentif Kereta Eko Thailand dan bakal berentap dengan iaitu Honda Brio Amaze, Mitsubishi Attrage dan Suzuki Ciaz.

Yaris ATIV nyata jauh lebih bergaya berbanding Vios dengan rekaan yang lebih moden terutama di bahagian depan. Lampu hadapannya bebentuk memanjang dan nipis terus bersambung dengan gril dan bampar hadapan yang dipadankan bersama lampu nyalaan siang LED (DRL) dengan bukaan kemasukan udara yang besar dan nampak sporty.

Di belakang, lampu kombinasi susunan LED beserta lampu pandu LED juga direka dengan bentuk memanjang dan nipis sekaligus memberikan visual kenderaan yang nampak lebih lebar walaupun dalam kategori sedan kompak. Rekaan bahagian sisi Yaris ATIV turut berbeza dengan Vios dengan garisan tepi badan yang nampak lebih menyerlah.

Antara ciri-ciri menarik Yaris ATIV:

  • Lima varian ditawarkan khusus untuk pasaran Thailand – J Eco, J, E, G dan S.
  • Dikuasakan oleh enjin 3NR-FE 1.2 liter Dual VVT-i empat silinder yang menjana kuasa sehingga 86 PS dengan tork maksima 108 Nm.
  • Penjana kuasa 3NR-FE digandingkan dengan transmisi automatik Super CVT-i.
  • Varian E, G dan S diberikan rim aloi bersaiz 15-inci, varian J mendapat rim besi bersaiz 15-inci dan varian J Eco menerina rim besi bersaiz 14-inci.
  • Lampu projektor halogen dipasang pada varian G dan S, manakala varian lebih rendah hanya dipasang dengan lampu halogen reflektor.
  • Kemasan tempat duduk fabrik untuk semua varian dan sebagai tambahan ada beberapa varian menerima kombinasi kemasan fabrik bersama sedikit kemasan kulit atau PU pada tempat-tempat tertentu.
  • Antena sirip jerung.
  • Stereng Kuasa Elektronik (EPS).
  • Sistem Kunci Pintar.
  • Skrin sentuh bersaiz tujuh inci untuk varian S.
  • Butang penghidup enjin varian S.
  • Dari segi keselamatan, Yaris ATIV dilengkapi dengan tujuh-beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) sebagai ciri standard untuk semua varian.

Harga jualan Yaris ATIV mengikut varian

  • Varian J Eco – 469,000 baht (RM60,489)
  • Varian J – 519,000 baht (RM66,938)
  • Varian E – 549,000 baht (RM70,809)
  • Varian G – 599,000 baht (RM77,286)
  • Varian S – 619,000 baht (RM79,838)

Pilihan warna

  • Dark Blue Mica Metallic
  • Super White
  • Silver Metallic
  • Grey Metallic
  • Attitude Black Mica
  • Red Mica Metallic
  • Quartz Brown Metallic

Adakah Toyota Malaysia bakal membawa Yaris ATIV ke pasaran Malaysia nanti? Jika dilihat dari sudut jualan, sememangnya model ini adalah calon yang sesuai untuk menaikkan kembali jualan Toyota di Malaysia setelah diasak dengan begitu hebat oleh Honda yang kini mengungguli carta kenderaan bukan nasional. Apa pun kita sama-sama tunggu dan lihat apa strategi Toyota Malaysia nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply