ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yusmanida Auto labur RM11 juta untuk buka pusat 3S Perodua

Views

Pusat 3S Perodua baharu yang dimiliki dan dikendalikan oleh wakil jualan sah, Yusmanida Auto Sdn Bhd telah dibuka secara rasmi di Saujana Utama, Sungai Buloh. Berkeluasan 16,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 45,000 kaki persegi dengan dikendalikan oleh 65 pekerja termasuk 30 penasihat jualan dan 12 penasihat servis, ia bakal menyediakan keperluan jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada para pelanggandan penduduk sekitarnya.

Perasmian cawangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Haji Ahmad Maslan. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Madani Sahari, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Dato’ Haji Amiruddin Setro dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, Yusmanida Auto telah menjadi wakil jualan sah Perodua sejak 2003 yang mana sebelum ini mereka hanya mengendalikan cawangan jualan yang terletak di Jalan Meru, Klang. Sepanjang 15 tahun, Yusmanida Auto telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Perodua berdasarkan kepercayaan dan hasrat untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Menurut Pengarah Urusan Yusmanida Auto Sdn Bhd, Sarizal Yusman Yusoff, pembinaan cawangan ini bermula pada Ogos 2016 dan siap sepenuhnya pada April 2017 seterusnya mula beroperasi pada September 2017. Syarikat tersebut berharap dengan meluaskan skop perniagaan dengan memasukkan servis dan alat ganti di lokasi baru ini supaya dapat menawarkan Pengalaman Perodua (Perodua Experience) yang terbaik kepada pelanggan selaras dengan inisiatif Transformasi 2.0 Perodua.

Pusat servis ini mampu menyelenggara enam buah kereta pada satu-satu masa, sekaligus dapat meminimumkan tempoh menunggu. Para pelanggan boleh beristirehat di kawasan menunggu yang luas dan menarik yang mana terdapat tiga buah set TV, sebuah perpustakaan mini, tempat permainan kanak-kanak, mesin layan diri dan kemudahan membuat minuman.

Pusat 3S Perodua baharu Yusmanida Auto terletak di Wisma Yusmanida, Lot 28808, Persiaran E1/1,Seri Pristana, 47000 Saujana Utama, Sungai Buloh. Perodua kini mempunyai 186 cawangan jualan dan 183 cawangan servis serta 24 cawangan ‘Body & Paint’ di seluruh Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply