ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zul Huzaimy hadiahkan Yamaha RX-Z Catalyzer bernilai RM43k untuk pelanggan bertuah

Berita Tempatan

Views

Pelakon terkenal Zul Huzaimy menawarkan sebuah motosikal jenis Yamaha RX-Z Catalyzer bernilai RM43,000 sebagai hadiah kepada pelanggan bertuah yang membeli baju Melayu berjenama Intan Berlian Exclusive.

Zul Huzaimy berkata, sebagai salah seorang rakan kongsi kepada jenama baju Melayu itu dia berbesar hati menjadikan motosikal keluaran 2009 sebagai hadiah utama cabutan bertuah kepada pelanggan terpilih.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Katanya, motosikal ini dibelinya seminggu lalu daripada seorang pempengaruh. Cabutan bertuah yang bermula 1 Januari lalu itu akan berlangsung selama empat bulan.

Tambahnya, pemenang bagi cabutan bertuah ini pula akan diumumkan seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Zul Huzaimy memberitahu, pembeli akan diberikan kupon ke atas setiap satu pembelian baju Melayu tersebut dengan harga RM199 dan layak menyertai cabutan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Katanya, baju Melayu Intan Berlian itu menawarkan 10 pilihan warna menarik yang mampu ‘mencairkan’ hati para pembeli.

Pihaknya menyasarkan sebanyak 100,000 pasang berjaya dijual pada tahun ini dan ia mampu dicapai dengan duta yang telah dilantik iaitu pelakon Hafidz Roshdi, Kamarool Yusoff dan pempengaruh Pok Jak Vintage.

Selain motosikal Yamaha RX-Z Catalyzer sebagai hadiah utama, sebuah lagi motosikal Yamaha Y15ZR turut menjadi hadiah istimewa bersama beberapa hadiah lain termasuk barangan kemas. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply