ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zurich Malaysia tawar ketenangan fikiran buat pengguna Lebuhraya PLUS menerusi Z-ProMiles Takaful

Berita Tempatan

Views

Zurich Malaysia (Zurich) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bekerjasama bagi memperluaskan perlindungan mobiliti jalan raya melalui penawaran perkhidmatan kepada pelanggan Lebuhraya PLUS, seterusnya menambah perkhidmatan yang disediakan syarikat konsesi lebuh raya tersebut.

Produk pertama yang diperkenalkan di bawah kerjasama Zurich dan PLUS ini ialah Z-ProMiles Takaful. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful, Shamsul Azman, ia ditawarkan kepada ahli PLUSMiles yang menyediakan Faedah Akibat Kesulitan, Penginapan Hotel dan Elaun Penggantian Kereta semasa dalam perjalanan menggunakan lebuh raya itu.

Manfaat ini adalah tambahan kepada manfaat kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal akibat kemalangan dan pendapatan hospital akibat kemalangan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Shamsul berkata, Z-ProMiles Takaful ini mudah diakses dan menyediakan perlindungan semasa dalam perjalanan yang membolehkan pelanggan Lebuhraya PLUS yang juga ahli PLUSMiles untuk memilih pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka.

Tambah Shamsul, melalui kerjasama dengan PLUS, pihaknya boleh memperkenalkan produk takaful ini melalui aplikasi digital yang mudah. Ini membantu memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan apabila menggunakan rangkaian Lebuhraya PLUS.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata, keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh raya adalah keutamaan mereka. PLUS berpegang kepada prinsip keselamatan jalan raya 3E kami, iaitu Engineering, Enforcement and Education (Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambah Azman, PLUS memacu keselamatan jalan raya melalui pasukan rondaan lebuh raya, PLUSRonda, Pusat Pemantauan Trafik, audit keselamatan jalan raya berkala, serta penglibatan dan kerjasama berterusan dengan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk memohon perlindungan Z-ProMiles Takaful, pelanggan Lebuhraya PLUS boleh mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui Aplikasi PLUS atau layari portal https://pluscare.plus.com.my dan sertai pelan perlindungan Z-ProMiles Takaful.

Perlindungan Z-ProMiles Takaful meliputi kejadian trafik tertentu di lebuh raya kendalian PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), dan Jambatan Pulau Pinang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply