Ni artwork time bosan sebab takde “live telecast” F1 kat Sepang. Tension jugak sebab selama ni tiap-tiap tahun ada “live telecast” atau sekurang-kurangnya “delayed” kat tv tempatan selain Astro. Kenapa tahun ini takde pulak, adakah tiada penaja yang sudi nak taja kot? Dah la bosan hari-hari dengar cerita politik je… Hampeh!!!
Tags:Automotive
Tengok je live dekat http://www.firstrowsports.eu
memang cantik la..ade bakat jadi designer ni…
ni ade lg satu designer berbakat hasilkan design proton
http://duniareka.blogspot.com/2011/04/proton-2020-oleh-imran-othman.html
sorila kalau dh tengok artwork dia
sy graphic designer je, tapi jiwa ni minat automotif design.. 🙂
duit utk sponsor benda2 live sport digunakan untuk pilihan raya sarawak dan akan datang…
podium lagi untuk lotus renault… tahniah
kali ni quick nick pulak no 3… baru lagi jadi 1 team dah membuahkan hasil yg memberangsangkan..tu la penangan Lotus engineering kat aspek aerodinamik & handling kereta ni..enjin renault dah terbukti berkuasa & reliable, tengok la vettel dah 2x menang, enjin renault gak..cuma redbull punya pakej lebih baik..tunggu kemenangan sulung lotus renault lepas ni.. kat team lotus, teruskan la usaha anda supaya tak jadi backmarker sepanjang musim lagi, hahahaha…patutlah lotus blah awal2, diorang dah tau team ni susah nak bersaing
tengok sopcast tadi ok je. haha. btw ada berita baik nih campro.
http://www.pitpass.com/fes_php/pitpass_news_item.php?fes_art_id=43307
Proton perkuatkan strategi partner dgn Genii
tengok online je, puas hati jugak sbb ada segmen lepas race dr bbc
ko ni nmpknya menaruh harapan yg tinggi dekat proton. Aku takut ko ni akan menjadi manusia yg plg kecewa jika persona r nanti tidak akan memenuhi piawaian ko. Tulah ngko pemuja tambi..
ape yg ko nampak?? cuba bgtau.. die graphic designer, suke hati die la nk buat artwork mcm mana pun..
mmm… sumer org yg mengikuti perkembangan proton mmg ar meletakkan harapan kat mdoel persona R nie. Selagi model nie blum release lagi… sesiapa pun bleh meletakkan harapan yg tinggi dgn memberi pandngan, suggesstion, imaginasi dll…. tak perlu ar rasa kecewa… :)Atleast kita percaya diorg dah lakukan apa yg termampu dan terbaik utk rakyat sama2 berbangga dgn syarikat tempatan nie;)
cheers!
sorry..sy nampak awak cuba bermain Politik disini.
” Tulah ngko pemuja tambi”
xsalah klau kita menaruh harapan yang tinggi pada Proton jiklau kita mengikuti perkembangan Proton secara lebih jujur dan bukan melihat dgn rasa dendam,irihati,pra sangka buruk,marah…
Apa yg politiknya??? Proton tak main politik??? Adakah ko tambi yg ko terasa sgt??
boleh tak tuan xplain sikit maksud “Tambi”dalam pemahaman tuan???..mungkin pemahaman sy lain..maksud sy bermain “politik” bukan diblog sini pergi la main kat blog lain,byk lagi yang sesuai dgn gaya comment Tuan “vantage”(mybe ko ni dh ganyut kot)
dia ni tambi lagi(budak kecil),akal pun tak matang lagi,dia ni agaknya kecewa tak dapat jadi designer Proton.Biarlah bro campro nak buat impression,sekurang2 nya dia berpuas hati dengan hasil kerja dia,kita dekat sini pun dapat jugak melihat hasil kerja bro campro yang kreatif.
Biasalah..design adalah subjektif..ada org tengok cantik..ade org tidak..apabila keluar nnti customer akan consider semua faktor lain..bkn hanya design semata-mata..Design tak dapat bertahan lama..kebanyakkan nye hanya tahan sekejap kecuali design yang special
betul tu, faktor enjin & spesifikasi juga main peranan selain reliability..sebab tu la kereta perodua banyak terjual walaupun design biasa2 saje..cuma trend sekarang dah mula berubah, automotif ni dah jadi macam fashion, evolusinya terlalu pantas..kalau tak ikut trend memang akan ketinggalan
design yg special ni yang payah nak buat, sebab design tu akan jadi iconic & evergreen… sebagai contoh vw beetle & mini, walaupun versi baru memang menarik tapi tak sama macam yg mula2 tu..dah kira legend..nak teruskan legasi tu amatlah sukar.. rasanya proton punya iconic car nanti ialah satria neo..paling menarik dalam keluarga proton setakat ni..
Hyrax,
Lama dah xtengok design bro. Yang ‘Cute face’ tu macam Renault Zoe charge bateri kat hidung.
Saya setuju dengan pendapat bro. Tak semua orang kata sesuatu rekaan tu cantik. Bukan senang nak memuaskan hati semua orang.
Tapi kebanyakan funtastickorian disini berharap Proton dapat tampilkan rekaan yang memecah kebuntuan. Keluar dari kebiasaan.
kena tambah lampu spotlight kat tengah grill tu baru lah keluar dari kebiasaan. hihi .
Ala zaxk,
Dulu orang punya kutuk Proton Savvy letak ekzos kat tengah. Mini Cooper, Porsche Cayman ekzos kat tengah jugak, tapi pujian menjulang..
Mereka2 ni, komen je lebih. Agaknya kalau suruh dorang lukis tayar kereta pun dorang tak reti..
Takde ilmu, tapi berlagak pandai..piiraaahh.
kita semua mengharapkan design yang sebenar itu menarik perhatian…Proton jgn menghampakan hati!!!
nak ucap taniah kepada Lotus Renault!!!
aku harap proton utamakan interior yang lebih berkualiti dan finishing yang lebih kemas.Caiyok proton.
Semalam tgk f1 live di Mivo TV, tahniah lotus renault. Apa dah jadi dengan team lotus TF?
team lotus masih lagi tido dan bermimpi dapat bersaing di kelompok tengah, team lotus tu padahal dah tukar enjin & gb baru still dok tempat yg sama macam tahun lepas..nak kata trulli & heikki tak bagus tak jugak, kereta diorg tu memang tak bagus…tapi TF still lagi dengan angkuhnya tak mahu merendah diri, auta je lebih dia tu..
sudah jadi team tambi
apa tambi2 ni?
care to explain?
tempat 15 kira ok la tu. hehe.
CEO Fiat reject design proposal untuk Alfa Romeo Giulia yg dibuat oleh team design Alfa dengan team design Chrysler yg bakal share platform dengan model tu.. sekarang design dah jadi priority untuk grab market..
http://www.worldcarfans.com/111041131333/alfa-romeo-giulia-delays-push-back-north-american-entry
design adlh first impression utk sesebuah produk….
video LRGP lawat proton.
http://zaxk.wordpress.com/2011/04/11/lotus-renault-gp-makes-historic-visit-to-proton/
menarik tu bro, macam ne nak masukkan link video tu ye?
lampu tu cuba bro amek yg persona skrg tapi di kembangkan sikit dan sepetkan.. pastu styling mcm kete2 korea skrg.. mesti cun
off topic:
ada sapa2 try petrol baru primax95?
ada impak besar tak pd fc die?
aku rasa aku paling “hangin” bila tak de live free kat tv! bila seminggu sebelum perlumbaan tak ada promo dari penaja kat tv aku dah syak memang tak live!
samada ini taktik untuk penonton pergi tengok live kat sepang tak jugak rasanya… masa kat australia hari tu pun tak live gak!
3 company MALAYSIA! Mana pergi?
Kalau top management dari PETRONAS, PROTON ATAU TUNE/AIR ASIA baca post nih… aku merayu sangat sangat sponsorlah untuk rakyat semekin cam saya nih nak tengok f1… cam ne nak sokong… kalau tak ikuti perlumbaan?
terutama PROTON… tolong le.. ambil peluang nih untuk menaikkan imej syarikat dan buat dokumentari (19?) jurutera kita terlibat secara langsung dengan LOTUS RENAULT…
Pagi ahad tu… dengan hati yang sakit sangat… aku ambil keputusan gi jalan jalan ngan family ke Melaka… untuk tenangkan hati… malam Isnin baru aku tengok keputusan. Cehh!!!
tu la pasal bro, sy lagi la bengag, selama ni tak pernah xde live yg kat Sepang, kali ni lgsung takde, dengar cerita Petronas sponsor yg kat Astro.. abis tu Proton boleh la sponsor yg kat tv tempatan yg free.. delayed yg lain pun xpe, ni lgsung tak coverage.. makin teruk lak semenjak 3 team berkaitan Malaysia bersaing… 1 Malangsia la jawabnya tahun ni
Setuju sangat..kata 3 syarikat wakil Malaysia termasuk satu Virgin Racing ditaja oleh Q-Net..sykt Malaysia.Tapi info dari Berita Harian.
Semangat F1 seperti yang ingin disemai oleh mantan Tun Mahathir kena la disokong oleh entiti korporat. Jangan mengejar jutaan ringgit kalau tiada ribuan penyokong Malaysia.
Sayang semangat F1 dah semakin tinggi, tapi semangat kebangsaan untuk syarikat korporat yang umum keuntungan berbilion masih rendah.Dan Menteri yang dilantik janganlah teringat astro di rumah…yg rumah penyokong nun di ceruk kg…yg miskin bandar..semua menyokong arena perlumbaan F1…semua mengharapkan ihsan RTM atau TV3. Media Prima pun tak ambil peduli ke.
betul tu. Mungkin TV3 dengan RTM sbuk dengan program hiburan kot. Kesian Tun Mahathir, letih2 buat, F1 dah anak dia uruskan Sepang, lps tu nak uruskan San Miguel lagi. Tup2 takder coverage, macamana nak menyambut seruan Pandang Ke Timur nih… isk isk… sedih betul. Tak pedulikan rakyat ker???
takut dah ada agreement kot dengan Astro, sudah kawtim la… sape nak tengok f1 terpaksa langgan Astro… maknanya Astro lebih berkuasa dari kementerian penerangan la kalau gitu… baik lantik Ananda Krishnan je jadi menteri penerangan..
duit kementerian penerangan hbis bwt channel bru khas sbah dn sarawak…
takkan la menteri tak boleh slow talk dengan petronas/proton/air asia utk jadi sponsor…selama ni boleh je petronas sponsor…kira macam corporate social responsibility gak la..kita bukannya nak live semua race, at least macam sebelum ni merasa gak ada coverage pasal f1…proton la pulak kali ni tampil jadi penaja, amacam? lotus renault pun tengah mengganas sekarang, time ni la nak kuatkan strategi branding.. 🙂
Saya cukup hairan kenapa Tun Mahathir tidak mendesak menteri untuk livekan semua acara motorsport. Tidakkah ada perasaan hormat mereka kepada Tun, sementelah Tun adalah penasihat kepada Petronas dan Proton, 2 penaja terbesar ini.
tu la, mungkin tun ada bersuara, mungkin suara tun pihak yg berkenaan tak ambil kisah kot..ye la, tun kan dah tak berkuasa lagi..hehehe..
saya ada bertanya pada sorg kawan yg dah tengok persona r yg real, memang hampir sama dengan impression di atas, dengan perbezaan sedikit dibahagian2 tertentu…terkejut gak saya mendengar.. sebab saya buat impression ni berdasarkan Tuah dengan sedikit cues dari Saga FL..
Wow, hebatnya Persona R ni. Saya amat kagum dengan design ni. Tak sangka Bro Campromania boleh pergi ke tahap ini. Mmg kalau macam nilah designnyer, mmg ada wow factor. Saya harap Syed Zainal dan Tun Mahathir, dtg jenguklah2 blog ni, gunakan kepakaran Bro Campro untuk design kereta2 yg ada faktor wow. Saya rasa kepakaran Bro Campro tak lari jauh dari kepakaran Azlano. Hidup Bro Campro.
tapi bagi saya rekaan ni perlu diperbaiki & boleh diberi sedikit sentuhan supaya hasilnya lebih menarik.. sy buat illustrasi ni berdasarkan maklumat dari yg dah melihat clay persona r & proton tuah sebagai rujukan asas, selain spyshots sebelum ni terutama pada lampu & gril.. bermakna persona r memang tak banyak beza dengan tuah..
kalau nak banding sy dengan azlano & team dia sy memang bukan la taraf diorg yg jauh lebih arif & hebat dalam bidang automotif design.. sy cuma graphic designer biasa je.. sy buat semua ni sabab minat yg mendalam pasal automotif terutama pada proton.. tu saje..
saya amat berharap rupa depan persona r boleh ikut flow gril emas macam impression sy sebelum ni, http://funtastickodesign.files.wordpress.com/2010/12/print-hi-resolution-saiz-3-x-2.jpg
Yg bro Campro buat jauh lebih baik kualitinya dari model konsep. Tahniah tuan,saya harap Tun Mahathir akan mengambil tuan bekerja di Proton sebagai usaha menghargai bakat tuan yg kreatif ini. Keep up the good works.
rasanya tak perlu sebab sekarang ni buat bisnes sendiri berkaitan graphic design.. ni sekadar suka2 je..hehehe
Design ni ok tapi dia tak dapat timbulkan emosi at least untuk saya lah. Perasaan dia sama macam bila tengok Saga series iaitu kereta ni cuma kereta yang bawa saya dari titik A ke titik B tak lebih dari itu. Tapi nak harapkan Proton untuk buat kereta yang evokatif saya rasa kena tunggu seratus tahun lagi agaknya.
Takpelah nak buat macam mana. Asal boleh jual sudah lah. Bak kata Labi, ” Hantam sajalah labuu…”.
sy pun berpendapat macam tu juga jika illustrasi sy yg berdasarkan proton tuah ni kurang menyengat kalau nak dibandingkan dengan kia forte & hyundai avante..harap proton sempat lagi melakukan pengubahsuaian yg boleh menonjolkan lagi rekaan ini..sebab kereta ni akan dilancarkan tahun 2012, sekurang2nya rekaan tu perlu bertahan sehingga 2017 atay sekurang2nya 2015 sebelum facelift dibuat..
illustrasi tu takde in fact cun gak sebenarnya. hehe. Maksud saya design kereta Persona tu sendiri. 🙂