ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

INTIP : Peugeot 508 dan DS3 Crossback sedang diuji

Foto Intip

Views

Ini kali pertama kami memperolehi foto intip dua model dari Perancis, iaitu model sedan segmen-D, Peugeot 508 generasi kedua dan sebuah lagi model crossover kompak DS3 Crossback yang sedang melakukan ujian jalan raya. Kedua-dua model ini bakal dibawa masuk oleh Berjaya Auto Alliance (BAASB) yang telah dipilih oleh Groupe PSA untuk mengedar kenderaan jenama dari Perancis yang turut merangkumi Citroen dan juga DS.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Syarikat yang baharu ditubuhkan itu juga mendapat hak pengedaran alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua jenama berkenaan. BAASB dimiliki oleh Berjaya Corporation Bhd dan Bermaz Auto Bhd dengan masing-masing memegang kepentingan sebanyak 51 peratus dan 20 peratus di dalamnya.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Foto intip terbaharu ini telah dikongsikan oleh rakan kami Hazizy Shahar, namun menurutnya kelibat kedua-dua model ujian tersebut telah berjaya dikesan dan dirakam oleh rakannya, Qhamal Azman. Ini bermakna, ada sekurang-kurangnya empat model yang mungkin diperkenalkan oleh BAASB dalam tahun ini, iaitu Peugeot 508, DS3 Crossback, Peugeot Landtrek dan sebuah lagi model crossover kompak iaitu generasi kedua Peugeot 2008.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif