Nampaknya Proton sudah siap sedia dengan nama-nama model baharunya pada masa akan datang dan telah mendaftarkan tanda dagangan beberapa nama di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Dalam artikel terdahulu, mereka telah mendaftarkan nama menggunakan abjad X, termasuk X70 dan X50, menerusi carian kami ada beberapa nama baharu dimasukkan dalam senarai tersebut.
Kali ini kami mendapati Proton telah mendaftarkan nama-nama yang bermula dengan abjad S, V, C, PS dan beberapa nama lain lagi. Laporan Berita Harian dalam artikel lalu menjangkakan Proton bakal memperkenalkan 3 model bermula 2020 dari segmen sedan, MPV dan SUV.
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
Berikut adalah antara nama yang didaftarkan oleh Proton di MyIPO:
- Proton S3
- Proton S30
- Proton S300
- Proton S5
- Proton S50
- Proton S500
- Proton V5
- Proton V50
- Proton V500
- Proton V7
- Proton V70
- Proton V700
- Proton C5
- Proton C50
- Proton PS3
Kesemua nama ini diletakkan di bawah Kelas 12 – Kereta; radas untuk pergerakan mudah alih melalui darat, udara atau air. Jika dilihat pada abjad yang digunakan, kami cuba meramalkan apa yang bakal digunakan oleh nama-nama tersebut.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Nama yang menggunakan abjad S di depan sebagai seperti S30 dan S50 mungkin dikhususkan untuk model sedan. Ini bermakna sekiranya ada model pengganti Saga atau Persona, ia mungkin menggunakan salah satu dari nama-nama tersebut.
Nama yang menggunakan abjad V di depan seperti V50 dan V70, kami jangka akan digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV). Jadi, besar kemungkinan nama model pengganti Exora yang akan dibangunkan dari Geely Jia Ji (VF11) nanti akan menggunakan nama Proton V70, memandangkannya berada dalam segmen-C. Jika ada model pengganti Ertiga, Proton mungkin menamakannya dengan V50.
Untuk nama yang menggunakan abjad C di depan seperti C5 dan C50, kami menjangkakan ia bakal digunakan pada model hatchback, namun kami rasa Proton hanya mendaftarkan nama-nama ini sebagai sandaran atau gantian sahaja. Buat masa ini tiada sebarang info terkini diperolehi memandangkan telah hampir ke penghujung tahun.
Apa pun, kita nantikan apa bakal disajikan oleh Proton bermula tahun depan. Siap sedia dengan kamera telefon pintar anda sekiranya terlihat kelibat kereta yang agak mencurigakan, seperti sedan atau MPV yang berceloreng kerana ada kemungkinan ia bakal model terbaharu Proton.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
2 Comments