Baru-baru ini rakan pembaca di Kuantan, Reza Ejal telah tersempak dengan kelibat unit ujian Proton Iriz crossover dan Persona MC2 yang kebetulan berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Teluk Sisek menghala ke Teluk Cempedak pada waktu malam.
Memandangkan sektor automotif termasuk dalam senarai aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, ia bukanlah sesuatu yang pelik mengapa kedua-dua unit ujian ini bebas merentas negeri atas faktor tugasan.
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
Lazimnya foto intip yang kerap kami perolehi ketika waktu siang dan foto intip di waktu malam ini telah berjaya merungkaikan satu lagi ciri baharu yang ada pada model tersebut, iaitu penggunaan lampu depan jenis LED. Ia nampak ketara pada nyalaan lampu pada model Persona MC2 yang kelihatan lebih terang dan berwarna putih.
Pantulan cahaya LED pada bahagian belakang model Iriz crossover yang berada di hadapan juga kelihatan berwarna putih, terutama sekali di bahagian yang masih bertampal dengan celoreng. Sebelum ini, ejen perisik Mat Bond pernah mengatakan yang model Persona dan Iriz MC2 akan menggunakan lampu depan jenis LED, namun hanya untuk varian Premium sahaja.
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
Jika info ini benar, ia seolah-olah diskriminasi bagi mereka yang memilih varian lain memandangkan pesaing terdekatnya Perodua menawarkan lampu depan jenis LED untuk Myvi tanpa mengira varian. Kami berpendapat lebih baik kesemua varian mendapat lampu depan jenis LED memandangkan model ini mungkin kemaskini yang terakhir sebelum model serba baharu hadir dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
Sedar tak sedar, kita telah berjaya mengetahui beberapa ciri baharu yang bakal ada pada model ini antaranya penggunaan kotak gear 4-kelajuan automatik dari Hyundai PowerTech, rim bersaiz 16-inci, paparan skrin jenis terapung dan yang terbaharu lampu depan jenis LED.
Mungkin ada beberapa info baharu lagi akan diperolehi dari semasa ke semasa, nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
1 Comment